About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 11 August 2014

Bunga Kertas 3 Warna Sepokok

As-salam.

Mak Aji ada sepokok bunga kertas yang sudah bertahun di beli. baru Mak Aji perasan yang ada 3 warna pada sepokok ini:

Ada warna ungu terang, ungu lembut dan merah oren (di tengah bahagian bawah foto). 

Mak Aji agak pokok asalnya mengeluarkan warna ungu terang dan padanya dibuat cantuman pokok yang mengeluarkan bunga ungu lembut dan merah oren.

Mak Aji cukup kagum dengan mereka yang membuat sendiri cantuman berbelas jenis warna yang harga pokoknya boleh mencapai harga yang cukup tinggi! Memang berbaloilah dengan usaha yang dilaburkan itu!
Untuk membeli pokok yang harga beratus-ratus itu Mak Aji tiadalah rancangan tetapi kalau ada yang mahu berikan percuma atau dengan harga diskaun, satu laman Mak Aji tadahkan, he he!! (tidak salah berangan-angan, bukan! Rezeki hanya Allah SWT yang tahu!)



2 comments:

  1. Dulu masa duduk Shah Alam pelbagai warna bunga kertas ada Mama tanam pasu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Pokok bunga kertas Mak Aji semuanya di pasu aja sebab Pak Aji tak kasi tanam kat tanah - takut cucu tercucuk duri, katanya! Yang nampak elok segar yang ini aja, yg lain nampak cekeding je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...