About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 19 August 2014

Dari Bangku Putihku

As-salam.

UmmuAidanArissa dari blog Aku di Fiji Islands  ada meminta agar Mak Aji tunjukkan apa yang dapat dilihat dari bangku putih yang terdapat di porch Mak Aji (sambil duduk santai - kalau nasib baik ada secangkir kopi dan sepiring kuih!). Walaupun pemandangan laman Mak Aji tidaklah seberapa, namun kupenuhi jua permintaan itu!:

Inilah bangku putih Mak Aji - jom duduk!
Berikut pula pandangan dari bangku tersebut bermula dari yang paling kiri hingga yang paling kanan (180 darjah ya!):

Sudut paling kiri di bawah teduhan polikarbonat - tanaman hiasan serta daun pandan.
Boleh juga dijadikan tempat mengeteh sambil berbuai pada waktu petang.
Para yang tak sepertinya hasil kerja tangan Pak Aji - Australian vine (berbunganya tidak), serta 2 jenis hoya, lili, keladi, bird's nest, money plant. 
Seterusnya, pintu pagar dan di sudut ini pokok mangga Mahathir, kemboja merah, elderberry
Ke kanan lagi pokok pagar. juga kelapa (bukan kelapa gading ya!).
Terus ke kanan lagi, khemah tempat letaknya kerusi laman, juga trellis untuk akar dani dan kesidang.
Ini dia trellis yang menjadi gerbang pemisah ke kawasan berumput. Perhatikan projek pagar putih di kanan sahaja - projek terbengkalai! Menunggu pembentangan budget 2015!
Dah sampai ke porch balik.
Ini pergola sebelah porch, tempat nurseri mini Mak Aji!
 Jom kita melalui gerbang trellis ya.

Jom masuk!
Di kanan, pergola.
Di kiri, kerusi laman. Nampak tidak tiang tempat cabaran memanjat??
Sekian adanya laman Mak Aji!



12 comments:

  1. luasnya laman mak aji...sejuk jaa... hijauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chik Att,

      Mak Aji dok kampung, sebab tu ada sikit kawasan bertanam. Antara rajin dan tidak sahaja untuk mengusahakannya.

      Delete
  2. Waahhh... kalaulah kakak dapat halaman luas macam ini entah apalah agaknya yg kakak tanam MakAji. Bestnya.. dah macam halaman rumah kampung kakak tengok. Banyak boleh tanam ni. Puaslah kalau nak memenuhkan ruang laman. Bestnyaaaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Memang kawasan rumah kampung pun sebab tu laman luas sikit berbanding di kawasan perumahan. Kalau nak ikutkan memang macam2 boleh tanam, cuma kena tanya bos dulu utk dapat kelulusan, he he! Tiap kali beli pokok je bos sudah jeling - nak tanam apa lagi tu?? Dia tak suka byk sangat pokok, jenis minimalislah tu!

      Delete
  3. Beautiful yard - thanks so much for sharing. Have a wonderful week.
    Mary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mary,

      Thank you for dropping by. Same to you too.

      Delete
  4. Salam Mak Aji,

    Besarnya laman..mesti best kan ada banyak pokok macam ni..saya punya laman 20' X 5' saja..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tarique,

      Dok kat kampung adalah kawasan sikit. Semasa dok di kawasan perumahan kawasan rumah taklah sebesar ini. Saiz tak penting sangat, cara kita manfaatkannya semaksimum mungkin dan mengikut prioriti, itulah yang penting!

      Delete
  5. cantiknye....luas... sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Me.Ronazil.ab,

      Alhamdulillah nilah dia tempat Mak Aji 'berkarya' pagi dan petang, he he! Perasan retis.

      Delete
  6. bestnya ada laman luas mcm ni mak aji,,boleh santai tgok mcm2 pokok hiasan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Itu yang seronok dok kat kampung ni, kawasan boleh besar sikit utk diusahakan, antara rajin ngan tidak je!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...