About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 23 August 2014

Apa Benda Ni??

As-salam.

Petang semalam semasa Mak Aji mahu menutup pintu pagar untuk keluar Mak Aji ternampak suatu benda yang agak asing, namun seperti pernah nampak sebelum ini tetapi entah di mana?! Cuba lihat:

Apa bendanya ini?? Benihkah, apakah???
Semacam corong pun ada!
Dari pokok daun tujuh bilah inilah letaknya 'corong' ini. 

Rasa macam Mak Aji pernah nampak benda seperti ini bentuknya tetapi entahlah di mana. Benihkah ia? Yang Mak Aji tahu cara membiak pokok ini secara keratan batang sahaja. Jika rakan-rakan tahu, mohon beri pencerahan sebab Mak Aji agak musykil ni! Apakah dia benda asing (alien) ini??



8 comments:

  1. As Salam mak aji,
    tu tangkai bunga pokok jarum 7 bilah kan? kat pokok kami pun banyak...bila petals kering dan gugur tinggal tangkai ni.. tapi tak perasan plk ada biji ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Oh ya ke. Mak Aji belum pernah perasanlah sebelum ini!

      Delete
  2. Rasanya buah pokok jarum tujuh bilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Srikota,

      Oh, kalau buah tentunya kita boleh buat benih, tak?? Nak kena pantau ni, lepas ni nak jadi apa dengan benda ini.

      Delete
  3. Salam Kak,
    Saya bukan nak bagi pencerahan sebab saya pun tak tau. Cuma saya nak bagi tau akak kat rumah saya pun ada. Bukan satu tapi ada lebih daripada satu. Pokok asalnya mak tanam. Tapi dulu tak sempat nak Tanya kat mak pun (sebab tak pernah kesah. huhuhuu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aida,

      He he, nampak gayanya Aida dah nak kena ambil tahulah ya. Tentu arwah emak Aida suka bila pokok2 kesayangannya ada yang tukang menjaganya!

      Delete
  4. Salam MakAji... manalah pulak alien hihi...
    Kakak rasa memang itu buah dari pokok dialah MakAji sebab rumah Kak Long kakak dia tanam atas tanah pokok ni membiak sampai kena bunuh dah tu hidup balik dari sisa yg tertinggal. Takut duri dia kena budak. Tapi kalau dlm pasu cantik pulak kan... kalau atas tanah akan banyak buah macam ini MakAji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Dah dua pendapat dah kata benda ni buahnya. Mak Aji saja pindahkan jauh sikit daripada tempat cucu main sebab takut tercucuk. Pun saja biarkan dalam pasu supaya sedikit terbantut perkembangannya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...