As-salam.
Sudah lama Mak Aji berkenan akan pokok sirih. Suka Mak Aji melihat pokok sirih memanjat junjung. Teringat zaman kanak-kanak bila berkunjung ke kampung sebelah arwah ayah. Pokok sirih dan pokok pinang ditanam sebahagian besar orang di kampung sebab memang mereka makan sirih dan pinang tersebut, tidak payah berbeli.
Dek kerana itulah Mak Aji beli sepokok. Sejak kebelakangan ini barulah nampak segar sedikit. Mak Aji masih tercari-cari tempat untuknya memanjat. Kalau mendapat kelulusan tentu sirih ini akan berkawan dengan kacang panjang, bunga telang serta tomato, kan!
Lihatlah, kasihan dia, entah ke manalah nak dipanjatnya nanti??:
Masih sedikit daunnya, belum cukup untuk dibuat sirih junjung! |
suburnya mak aji..banyak kegunaan tu...:)
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteSetakat ni belum buat apa-apa lagi, makan x retilah pulak!
ini sireh melayu kan mak aji?
ReplyDeleteSalam smRose,
DeleteBila awk tanya baru Mak Aji terpinga2. Ada sirih bukan Melayu ke?? Rupa2nya ada 2 versi ya, sirih Melayu dan sirih India. Nasib baik awk tanya, kalau x sampai bila pun x tau, he he. Dapat satu info baru hari ni! Memang ya, sirih Melayu sebab saiznya kecil aje, katanya sirih ni kurang sedap berbanding sirih India tapi yg ini lebih pedas. Katanya juga org seberang suka sirih ni.
salam makji...letak tepi pagar takleh ker..biar nak pagar lah susah2 ...:)
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
DeletePak Aji baru clearkan pokok pagar kat tepi pagar, semak, katanya, kalau sirih ni lagilah org tu x suka. Org sebelah rumah buat trellis kayu halus dan tanam dalam pasu je, cantik gak, maybe nak adopt cara dia kut??
Kalau kecik mcm ni sy suka comel...klu dh byk sangat...takut tak terjaga
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteBoleh jadi besar juga ke?? Kalau gitu kena trimlah kalau byk sangat, or better belajar makan sirih pulak, he he!! x payah pakai lipstik, kan (macamlah masih berlipstick lagi).
Assalam Mak Aji... saya tahu ada jenis sirih tapi nak bezakan tak tau... yang ada di sini sirih India la tu sebab daun lebar.. dah lama ... arwah MIL tanam.. selalu je menjalar2..selalu je buang..
ReplyDeleteSalam Mar,
DeleteKata mualaf India yg bantu Mak Aji kat rumah ni, ni sirih Melayu sebab kecil2 daunnya? Entahlah Mar, kena buat research sikit lagilah ni utk bezakannya ya! Kata orang bagus untuk ubat untuk bersihkan kawasan intim wanita, paling2 tidak kalau rajin boleh guna untuk tujuan itu.
Mak Aji tak kasi tau, kalau tak boleh je ambil anak pokok sireh kat rumah Diana. Pokok sirehnya dah memanjat pokok mangga jadi macam pokok mangga berdaun sireh...hehehe...Sireh ni ada banyak jenis yang dekat rumah Diana pokoknya sireh kuning walaupun warnanya hijau tapi ke arah kuning-kuningan bukan pekat hijau.
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteMasa Mak Aji ke rumah Diana tu memang dah adapun pokok ni cuma hidup segan mati x mau je. Yg pertama kali tanam dulu (benih dari kampung) kantoi, ingatkan x serasi ke?? Wah, ke pokok mangga dia panjat ya! He he, tentu org tengok konpius! Oh ada lagi sirih kuning? Takat ni dah ada 3 jenis dah, entah2 ada lagi jenis lain lagi? Dah balik sini lum??
Sireh ni memang ada pelbagai jenis. Dah balik sini Khamis lepas.
DeleteTapi geram tengok kebun macam hutan.
Salam Diana,
DeleteSelamat pulanglah! Macam hutan eh, he he! Ingat date kita? Bawa rakyat Malaysia ya, petang2 sikit biar redup, budak2 pun dah balik dr sekolah. Call Mak Aji dulu sebelum datang ya!
salam, sirih apa khasiat dia ye mak aji...katanya bagus sebagai antiseptic kan?
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteMak Aji cuma tahu buat makan dan buat sirih pinang je selain buat cuci kawasan sulit wanita, mungkin untuk itu, berfungsi sebagai antiseptik tu agaknya?? Belum pernah cuba lagi.
As salam mak aji,
ReplyDeleteDah kena buat junjung utk sirih ni memanjat. Kalau tak ada junjung atau para2 ia akan melata atas tanah atau memanjat apa yg berhampiran dgnnya.
Salam Adry,
DeleteItulah dia, kena cari tempat yang agak2 sesuai untuknya. Ingat nak buat simple trellis sandar kat dinding je, biar dia manjat sampai ke atas.