About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 11 April 2013

Senduduk Putih

As-salam.

Ingin dikongsi  foto pokok senduduk putih yang sedang menghasilkan bunga untuk pertama kali - cukup seronok tuannya. Pokok ini dibeli di Nurseri Pak Ali tidak lama dahulu. Kata Pak Ali pokok ini agak sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar:

Foto senduduk putih kembang.
Senduduk putih dikatakan banyak khasiatnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang khasiat senduduk putih, anda boleh juga merujuk di sini:


18 comments:

  1. salam mak aji, tk penah tgk bunga senduduk putih sebelum ni...comei nmpak buds dia tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Rupa dan bentuknya sama dengan yang ungu cuma beza pada warna dan khasiatnya. Pun Pak Ali dari Nurseri Pak Ali kata bagus untuk awet muda, itu yang terus beli tu, he he!! Cara guna lupalah pulak.

      Delete
    2. Pokok senduduk putih sy baru jer berbunga dgn lebatnya..yg uniknya bunga ni akan mekar lbh kurang waktu dhuha dan kuncup balik lepas asar

      Delete
  2. salam mak aji...memang minat gardening ker...saya pun sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti,

      Mak Aji memang minat gardening sejak anak dara lagi, sanggup berpeluh sampai busuk pun takpe, kalau masuk dapur kurang minat sikit, kecuali setelah kahwin dan beranak-pinak. Baguslah, kat sini ada komuniti peminat berkebun, seronok bertukar2 pendapat dan minat yang sama!

      Delete
  3. kalau tak silap senduduk ni yg biasa tumbuh meliar color purple pink kan? ada color putih rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Betul tu. Yang ni memang susah sikit nak dapat, agak nadir (rare) seperti juga kunyit hitam!

      Delete
  4. mak aji...laaa entri kita sama la..mengenai senduduk...tp saya senduduk ungu ja..bkn yg tanam punya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      He he he, agaknya kita tidur malam tadi mimpi yang sama kut, :) :)!! Mak Aji pun ada yg tumbuh menyelit kat laman, bila banyak sangat berbunga Pak Aji pun sayang nak cabut - "nak berbunga juga dia macam yg lain," katanya. Apa-apalah!

      Delete
  5. Ummu beli ye. Kalau di belakang rumah kampung kakak banyak tumbuh sendiri. Kalau buang pun akan tumbuh juga sebab dah beranak-pinak. Cuma bila ada org cari nak buat jamu/ubat mereka biasa cabut sebab nak guna akar dia sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Oh ya ke?? Saya susah payah beli sebab katanya agak susah nak dapat, he he! Rupa2nya melambak kat belakang rumah kampung akak ya!

      Delete
  6. Salam makji,
    Berbaloi jgk kalau nak beli senduduk yg putih nie kan makji sbb jrg terdapat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Baru sekejap ni reply komen Kakzakie, rupa2nya melambak kat belakang rumahnya kat kampung, he he! Yang kita pula ingat rare, belilah. Agaknya yang rarenya yg melambak kat belakang rumah tu, he he!! Harap gitulah, dah terbeli!

      Delete
  7. Betul yang putih rare dari yang ungu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Yes, dah dapat pengesahan daripada yang pakar!

      Delete
  8. susah nak dapat tgk yg kaler putih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Rini,

      Setakat ni Mak Aji terjumpa kat nurseri atau yg ditanam orang yg sengaja tanam kerana khasiatnya. Jadi memang jarang jumpa.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...