About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 30 April 2013

Amaryllis yang Ceria

As-salam.

Sesampai sahaja Mak Aji dari kampung, terus sahaja Amaryllis yang dijenguk dahulu. Memang betul kata kawan-kawan blogger, bunganya kembang lama, sempat kembang sehinggalah Mak Aji balik! Seronok melihat warnanya yang cukup ceria sekali:




Mahu sahaja rasa hati untuk menambah koleksi amaryllis berwarna lain lagi! 

Mak Aji sempat ke nurseri pada petang ini (sebelum Pak Aji kembali malam ini, ada projek yang perlu diselesaikan, he he!!) untuk menambah stok tanah baja serta membeli pokok kari (yang agak sudah besar saiznya) serta pokok tenggek burung (untuk dibuat ulam) . Nantikan entrinya esok ya!




9 comments:

  1. mak aji....pokok tenggek burung beli kat mana? bestnya. dok cari pokok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zam,

      Tenggek burung Mak Aji jumpa kat nurseri Sg. Buloh. Dah lama dok cari baru ni yang jumpa. Konon nak beli sepokok lagi tapi katanya ada tapi jauh nak kena ambilnya, lagipun ketika itu hujan. Jadi, x jadi nak beli lagi satu utk pak cik Mak Aji yg dulu pernah tanya kalau2 Mak Aji ada tanam kat rumah.

      Delete
  2. mak aji jaga mcm mnr pokok ni...sy dah ada pokok ni...pernah berbunga tahun lepas....tahun ni belum ada tanda2 nak berbunga lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Jaga mcm mana? Macam biasa je! Pokok ni berbunga dalam 2 tahun lepas kut pastu senyap je. Ni baru berbunga lagi. Boh baja macam biasa je.

      Delete
  3. salam mak aji, ceria betul warna bunga ni...hilang penat tgk kan mak aji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang ceria warnanya. Betul tu, sikit penat menjaganya berbaloi dengan hasilnya!

      Delete
  4. assalam Mak Aji.. sungguh meriah dan ceria warna bunga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Betul tu. Memang musim dia agaknya berbunga.

      Delete
  5. Salam Diana,

    I enjoyed them while they last. Baru layu semuanya, entah bila lagi nak berbunga!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...