About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 5 April 2013

Update Projek Laman

As-salam.

Petang semalam kami menyambung projek laman. Oleh kerana kami tidak berapa kuat mencangkul tanah dan juga dengan tujuan memberi kerja kepada sepasang suami isteri (suaminya baru hilang kerja), maka bermulalah kerja membuat batas dan hiway ke pergola dengan bantuan mereka. Petang ini kerja insya-Allah akan bersambung lagi. Memang cukup lasak mereka ini, tahan panas, Mak Aji nak celik mata pun tak larat dek panas terik! 

Ini hiway sebelum ini.
Ini pula semalam - baru acah2 dulu letak stepping stones tu.
Kelihatan di kanan, Hamzah sibuk membuat batas bunga disekeliling sempadan konkrit manakala isterinya mencangkul tanah untuk menghasilkan batas.

Terima kasih Hazayri atas pendapat bernas!! Tidak sabar rasanya melihat yang siap nanti!


4 comments:

  1. wah dah cantik highway makji tuh..nanti cantik tullah laman makji jdnya...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Ummuaidan,

    Setakat semalam dah siap hiway kecik ni, cuma mungkin nak kena tambah batu lagi supaya x nampak tanah merahnya. Nanti diupdate yang dah siap.

    ReplyDelete
  3. Ohlalala...gorgeousnya highway baru Mak Aji. Boleh buat senaman untuk tapak kaki juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he. Yang ada batu refleksologi tu hiway PLUS dan yg batu-bata merah (yang baru siap dan xde dlm foto di atas) pula DUKE!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...