About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 26 April 2013

Update Kacang Panjang dan Bunga Telang

As-salam.

Pak Aji sudah pindahkan anak benih kacang panjang ke polibeg besar dan dia kata tidak perlu tanam di tanah sebab jangka hayat kacang panjang pendek sahaja, jadi tidak perlu tempat khusus, sekadar ada tempat memanjat cukuplah. 

Mak Aji pula konon-kononnya berangan-angan untuk meneroka kawasan baru di tepi pagar hadapan yang bertembok dan berjubin. Mahu rasanya dibuat container gardening di situ. Banyak bekas polisterin di belakang rumah kononnya akan dimanfaatkan untuk bertanam sayur sebab batas tidak terbuat-buat. Sudah terbayang pokok kacang, bunga telang serta tomato di situ....

Apakan daya projek tidak mendapat kelulusan. Lagipun sementara Pak Aji tiada di rumah beberapa hari ini, Mak Aji pun akan balik kampung juga esok. Maka untuk meneruskan projek 'larangan' tidak sempat pun. Kalau banyak masa sepeninggalan Pak Aji mahu sahaja diteruskan projek. Apabila dia balik sudah siap, dia diam sahaja, he he!! 

Jadi, pokok kacang dan bunga telang insya-Allah akan memanjat tali rafia yang bakal diikat ke pergola jugalah nampak gayanya: 

Alhamdulillah ada tiga pokok yang cukup sihat.
Cuma dua pokok bunga telang. Dua kantoi dek hujan lebat.
Nanti nak manjat mama pasang tali ya!!

Catatan: Pak Aji memang suka pacak-pacak sahaja keratan batang pokok di pasu atau polibeg. Menumpang katanya. Yang tidak tahan tu, yang menumpang pula yang lebeh pulak! 



6 comments:

  1. salam mak aji, mkn ulam kacang panjang pulak la lepas ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam smRose,

      Insya-Allah, takkan berulam jantung saja kan, he he! Juga boleh boh dalam som tam tu!

      Delete
  2. salam makji...
    betul jgk tuh idea pakji...tapi bunga telang mmg tahan lama kalau nak buat trellis pun ok jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Betul eh, Mak Aji ni memanglah x tau bab tu, tau tanam je. Kalau gitu kena buatlah trellis juga utk bunga telang ni ya!

      Delete
  3. Saya baru nak tanya kenapa ada keratan kayu bersama dalam polibeg. Ingatkan untuk elakkan cakaran kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Itu kerja Pak Ajilah tu, waste not want not. Suka sangat dia bab menumpang-numpang ni. Bila x alih dah jadi masalah. Mak Aji suka mrl dok sendiri2 je sbb takut terlepas pandang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...