About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 3 April 2013

Projek Laman

As-salam.

Seperti biasa, orang pencen tiada cutinya sebab tiada masa kerjanya - everyday is a holi holiday, yay!! Apapun kalau sudah asyik cuti sahaja, ada juga ketikanya terasa ingin bermalasan - aku tengok mukamu, mu tengok muka aku, boring juga ya! Jadi untuk hilangkan perasan tersebut, kenalah buat projek, bukan projek apa ya, projek lamanlah!

Untuk pengetahuan dua jiran terdekat kami sama seperti kami, orang pencen. Jadi, bila kami ada projek dan dia ternampak lori keluar masuk menghantar barang, di tanyanya Pak Aji, "Projek apa lagi tu??". Begitu juga orang sebelah, "Kalau tak ada projek rasa nak tidur aje, jadi kenalah ada projek!"

Ini pula barang-barang projek yang akan dilaksanakan:

Tanah untuk projek bersama.
Beberapa pokok puding untuk projek Pak Aji.

Ini pula projek Mak Aji yang semacam belum kena - rasanya kena ubah suai sedikit sebab tidak puas hati rasanya!:

Projek laluan ke pergola dari arbor.
Agak sempit hiway ni tak?? Kena perluas sedikit agaknya, jangan cucu terjatuh sudah!
Kena tambahlebarkan dengan stepping stones refleksologi agaknya!

Apa macam, ada pendapat yang bernas untuk menambah baik??



15 comments:

  1. Salam makji...itulah kena perbesarkan lagi projek tuh ..jd mega..baru best..keluar peluh sket pakji tuh..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Itulah dia, kena lebarkan ya? Nanti takut cucu, atau Tokma ngan Tokbahnya yang terpelecok ya! Projek mega ya, he he!

      Delete
  2. seronoknya ada laman yg luas....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Laman x luas mana, kerja maintainnnya bolehlah tahan juga banyaknya!

      Delete
  3. salam mak aji, pokok kat pargola tu pokok akardani kan? Nnti dah berbunga mmg cantik dan wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Betul tu, akar dani. Sekarang sudah bergugus keluar kudupnya, menanti saat keluar bunganya aja! Sebelah sana tu kesidang, sekarang dok mewangi bunganya. Eloklah dia berkawan, biar ada yg jeles kalau x berbunga, he he! Yang untung tuannya.

      Delete
  4. salam mak aji...kalau makcik sy..dia taruk kepingan petak segi empat sama tu...yang jenis dah ada stepping stone..sy pun bercita2 nak buat pergola..tapi budget belum ado nih heheh

    ReplyDelete
  5. Salam Nadia,

    Mak Aji dah beli dua keping, boh kat bawah arbor tu, 7 rial sekeping kat nurseri Sg. Buloh. Kenalah tambah 10 keping lagi, pastu kena beli batu sungailah pulok nok buboh kat tepi2 tu sekadar beberapa beg. Kena perabihlah seketul dua ya! Ni baru hiway kecik, he he! Insya-Allah adolah tu budget sehari dua lagi untuk projek pergola tu! Kat sini ada kaki DIY, boleh save sikit bajet, tu pun buat paksa rela gak!

    ReplyDelete
  6. Salam mak aji,

    cantiknye laman mak aji. Mak aji nk tanya...tanah yang organic fertilized soil tu mak aji beli berapa RM? nurseri rumah saya juai RM 2.50 satu beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Laman x seberapa, masih banyak kerja nak kena buat tu. Takde kerja cari kerja, pastu sakit pinggang. Walaupun gitu hati senang bila tengok hasilnga. Tak pastilah pulak regenya, nanti ditanyakan kpd Pak Aji ya.

      Delete
    2. Salam Ibu Qis,

      kata Pak Aji fertilized soil tu harganya RM3. Jadi kat sana lebih murahlah ya!

      Delete
  7. Hope that your project comes out the way you want it to. Looking good. Beautiful plants.
    Mary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mary,

      Yes, I do hope too. Am preparing my garden so that by August this year the garden will be mature enough when I marry off my son (3rd child). We will be having lunch under tents in the garden!

      Delete
  8. saya mencadangkan mak aji : setepping stone tu akak tukar batu sungai dengan di apit batu bata merah tu , buat dalam keluasan 2 kaki 1/2 atau 3 kaki lebar ..
    tanam pokok balung ayam atau zinnia macam kak UMMU AIDAN kat kawasan kecil bahagian dalam antara patio carpark dan setepping stone tu
    kalau ade pokok melur buat syle bonsai cantik letak ganti pokok dalam pasu tu ..cantik kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hizayri,

      Mak Aji dah beli tambah stepping stones batu sungai dan ruang antara batu bata merah dan stepping stones akan dibubuh batu sungai jugak. Lebarnya pun ingat nak sekitar 2.5 kaki jugak. Tepi laluan buat masa ni kena kosong sebab perlu lapang - bulan 8 nanti nak buat kenduri kahwin anak, nak guna ruang buat khemah. Kalau ya pun selepas itu. Setakat ni belum pandai lagi buat bonsai! Terima kasih banyak atas cadangan tu ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...