About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 24 December 2012

Yang Disangka Terung rupanya Pepino

As-salam.

Semasa di Surabaya, kami sempat berkunjung ke Batu, sebuah tempat di daerah Malang, Jawa Timur.  Kami berkunjung ke kebun strawberi dan kebun epal.

Kebun strawberinya agak sedikit berbeza daripada kebun di Cameron Highlands kerana di sana pokok strawberi di tanam di dalam bekas di atas tanah. Buah-buahnya bersaiz kecil berbanding di sini tetapi buahnya manis dan tidak masam! Buah epalnya pula hijau dan bersaiz kecil berbanding epal hijau masam yang sering kita lihat di sini. Buahnya juga jenis yang manis rasanya!

Setelah keluar dari kebun epal, terdapat buah-buahan yang dijual di pimtu keluar kebun terrsebut. Mak Aji terkejut apabila antara yang dijual, buah pepino.yang pernah Mak Aji ingat buah terung berbelang! Salah maklumat rupanya. Sekembali ke hotel, Mak Aji mengek buahnya dan terbukti rasanya umpama rock melon - cukup rangup dan lemak, cuma tidaklah semanis rock melon. Rasa manis- manis buah sahaja. Jadi, Mak Aji mohon banyak maaf kerana buah terung yang Mak Aji sebut tempoh hari sebenarnya kurang tepat. Yang tepatnya pepino, sejenis buah dan bukannya sayuran!
Cuba perhatikan fotonya di bawah:

Timbunan pepino yang dijual.
Buah pepino sebelum dikopek.
Kulitnya boleh dikopek nipis seperti kulit timun batang.
Buah yang siap dikopek. Isi dalam seperti isi dalam cili hijau.


4 comments:

  1. salam mak aji...sebelum scroll ke bawah smbil baca terbayang isinya mcm isi terung...thanks for sharing the information...sekurang-kurangnya kalau jumpa takde la sy pandang buah ni dgn pandangan yg kosong...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      jadi suspens pulak ya! sama-sama. Maklumat baru untuk kita semua ya!

      Delete
  2. ooo...buah rupanya..sekarang bila tengok balik dah makji cakap mmg ralised bukan terung..hehehe...sedap ker rs dia makji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Rasanya manis2 buah (hawa2 manis), cukup ranggup, serangup rock melon. Kalau terjumpa lagi pokoknya memang boleh beli. Bagus juga kalau dibuat jus buah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...