About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 1 September 2014

Khasiat Bayam Peraksi

As-salam.

Suatu lagi jenis tumbuhan yang mendapat perhatian meluas sehari dua ini ialah bayam peraksi atau juga dikenali sebagai bayam tekukur, ketumbit jantan, ketumbak merah, patah kemudi, kemondelan tumpuh wiyung, cupid's shaving brush, Emilia, sow thistle atai lilac tasselflower.  Nama saintifiknya pula Emilia sonchifolia. Berikut foto tumbuhan liar ini:

Bayam peraksi.
Sumber foto: https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6073167395/in/photostream/

Berdasarkan sumber dari laman berikut terdapat pelbagai khasiat daripada tumbuhan ini:

Daripada sumber FB berikut pula:


tumbuhan ini insya-Allah dapat membantu mereka yang menghidap demam denggi! - dapat menambah bilangan platelet pada pesakit demam Denggi. 

Kaedah yang digunakan untuk mengubat adalah seperti berikut:

Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan gula perang. Kemudian tapis, dan minum. Katanya rasanya seperti air tebu. Walau bagaimanapun anda diingatkan agar masukkan hanya sedikit sahaja gula, agak2 secukup rasa sahaja.  Anda boleh baca pengalaman sendiri tuan punya FB di atas agar dapat dimanfaatkan bersama-sama. 

Untuk pengetahuan anda juga maklumat tersebut dikongsi (share) sebanyak 12,000 kali di FB!

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat, insya-Allah.




11 comments:

  1. Betullah MakAji apa juga yg Allah jadikan pasti ada sebab musababnya. Macam kakak ni tak tahu bila tumbuh memang cabut dan buanglah... Laman MakAji besar tak apa bagi peluang dia tumbuh apa lagi dah tahu ada khasiat yg amat baik. Sekarang kan musim denggi.

    Info yg teramat baik sebab kakak pun baru tahu bila baca N3 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alhamdulillah dapat berkongsi maklumat yang bermanfaat.

      Delete
  2. Salam mak Aji. Saya rasa ini bukan bayam paksi. Saya pun aritu dah tengok FB budak pompuan tu tentang khasiat pokok bayam paksi ni. Bunga dia lain.Kecil je. Macam ramping gitu. Ada bunga purple di hujung. Yang dia post aritu sebiji macam kat sini https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6073167395/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Normala,

      Terima kasih atas info ini. Mak Aji yang tersilap pokok ni. Akan Mak Aji betulkan ya dengan pokok yang sebetulnya!

      Delete
  3. terima kasih..info dari blog anda amat membantu sy mencari ubat herba..trima kasih skali lagi

    ReplyDelete
  4. terima kasih..info dari blog anda amat membantu sy mencari ubat herba..trima kasih skali lagi

    ReplyDelete
  5. terima kasih..info dari blog anda amat membantu sy mencari ubat herba..trima kasih skali lagi

    ReplyDelete
  6. May Allah grant all his blessings and protection to the author and family for sharing his blog to us.

    ReplyDelete
  7. Trm ksih jiran depan yg perkenakan dn bgi bayam paksi ni...smga bermanfaat.In Shaa Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...