Beberapa hari lepas Mak Aji ada bersembang dengan rakan ofis tentang pokok betik. Rakan tersebtu ada menyebut bahawa orang-orang tua memang ada berpesan supaya pokok betik jangan ditanam terlalu hampir dengan rumah kerana akarnya 'jahat'! Jahat di sini bermaksud akarnya boleh menyusup ke bawah-bawah permukaan kantai dan memecahkannya! Suspens juga Mak Aji dibuatnya sebab pokok betik di rumah memanglah amat dekat dengan dinding bilik air! Lihatlah foto ini:
Cukup dekat dengan bumbung bilik air! Baru perasan ada betik yang masak dipokok! |
Bercakap fasal betik, Mak Aji baru perasan yang pokok betik yang satu lagi bentuknya lebih cantik daripada pokok yang di atas. Lihat foto ini:
Bentuk betik yang seksi! He he! |
Ada sesiapa yang ada pengalaman pahit tentang ke'jahat'an akar pokok betik??
No comments:
Post a Comment