About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 2 February 2012

Anting-anting Puteri Indah Berseri

Selepas Zuhur tadi, Mak Aji melayan diri ke nurseri Sg. Buloh - ada beberapa jenis pokok yang hendak dibeli. Antara lainnya, pokok anting-anting puteri (manis namanya!) atau nama biasanya pokok bunga melati.

anting-anting puteri/melati
cantiknya anting-anting bergantungan!
Teringin pula hendak mencuba membonsaikannya! Selain itu, pokok limau purut, bunga melur,

dua pokok bunga melur
sedang galak berbunga
masya-Allah cantiknya!
ni melur jenis baru, berbentuk separuh bulat tanpa cantas
cantik juga bunganya
juga sejenis pokok yang hendak disebut tidak tahu namanya. Mak Aji juga teringinkan sejenis pokok puding yang halus daunnya yang secara semulajadi (tidak dipangkas pun) berbentuk separuh bulatan. Kalau besar pokoknya memang cantik, apa lagi di tanam dalam pasu yang besar! Apapun Mak Aji hendak beli yang kecil sahaja agar harganya kecil!

pokok puding daun halus
bentunya separuh bulatan tanpa cantas
ni pokok entah apa ke namanya
bunganya cantik!
cantik, kan??
Mak Aji juga beli pasu sebab stok di rumah sudah habis. Diintai juga tempayan untuk menadah air hujan tetapi seram pula bila melihat harga sampai beratus ringgit - entah-entah kena berpuas hati dengan tong plastik sahaja! Kenalah tinjau lagi sebab hendak cari yang tidak sampai pun RM100 - pun tidak hendak yang besar sangat. 

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Oh, ini bunga melati ... kat kampung dulu banyak kat rumah. Kitorang panggil bunga putih jer dan memang letak kat telinga!!! Jakun betul tak tahu nama bunga

    ReplyDelete
  3. i pun br tahu juga sebenarnya, Kak Hanim yg bagitau, anting-anting puteri atau melati!! Bukan jakun, kami budak baru belajar!!! kah kah kah!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...