Sehari dua ini alhamdulillah hujan asyik turun sahaja, kalau tidak petang, malam, ataupun pagi. Maka dengan adanya hujan pokok mendapat air secara semula jadi tanpa menunggu tuannya (yang kurang rajin sehari dua ini) untuk menyiram. Bukan sahaja pokok yang sengaja ditanam, malah rumpai pun bukan main subur lagi.
Pokok mangga yang tempoh hari berbuah sudah masak sebanyak beberapa biji. Walaupun saiznya tidaklah sebesar mana, manisnya masya-Allah! Alhamdulillah atas rezeki pemberiannya, sempatlah dikongsi dengan jiran sebelah rumah.
Bercakap pasal berkongsi, rupa-rupanya pisang belakang rumah yang baru matang setandan tempoh hari selain direbus, juga dimasak pengat dan sedap pula tu! Pisang itu juga kalau digoreng juga enak. Dalam tak diam sudah ada kawan-kawan yang menempah sesikat seorang untuk tandan yang seterusnya (selain anak buah yang - secara melawak di FB - membuka tempahan untuk berniaga pengat pisang!! He he he!!
No comments:
Post a Comment