Pagi semalam Pak Aji petik bayam hijau segar yang tumbuh di laman - kami tidak tanam pun, benih dari tanah orang sebelah masuk ke kawasan kami dan tumbuh. Dapatlah kami makan percuma! Berikut gambarnya:
sayur bayam hijau |
Anak-anak ada di rumah dan anak buah suami serta isteri juga ada, jadi kami makanlah beramai-ramai - sayur pedas bayam (letak ikan tumbuk, lada hitam dan bawang). Ikan tuka (pari kecil) dibakar dan dicicah kuah cuka (cuka, garam, belacan, bawang merah dimayang dan cili api). Juga ada ikan terubuk bakar masin serta ikan goreng. Lauk memang simpe sahaja tetapi masing-masing makan berselera!!
Pada pagi ini Mak Aji berkebun, membuang rumpai, mengalih pokok-pokok bunga yang baru dibeli ke dalam pasu serta membersih laman. Pak Aji pula membantu dan dipetiknya juga pucuk ubi orang sebelah yang sudah menceroboh masuk ke laman kami. Maka dapatlah pula kami makan pucuk ubi (nanti dibuat ulam cicah budu pula!).
pucuk ubi |
Semasa balik kampung tempoh hari, Mak Aji beli budu raja - yang sudah siap diletak asam limau nipis dan cili api - cuma Mak Aji suka pedas, jadi kena tambah lagi cili api.
Lauk hari ini juga simple, ikan kembung dimasak singgang, ayam goreng berempah dan ulam pucuk ubi cicah budu. Insya-Allah terangkat!!
No comments:
Post a Comment