As-salam.
Seminggu lepas kami tiada di rumah dan dengan musim hujan, maka pokok-pokok subur, begitu juga rumput- rampai! Sudah hampir semak jadinya. Olek kerana tiada siapa yang ada untuk membantu memotong rumput, maka Pak Aji sendirilah terpaksa memesin rumput pagi-pagi ini. Mak Aji pula membuang rumpat-rampai di laman.
Pokok pagar sudah lama tidak dijenguk sampaikan tidak perasan yang mereka sedang galak berbunga, dan pokok kaktus serta pokok Nasir berbunga semasa kami tiada - itu namanya tiada rezeki! Jom kita layan foto yang dirakam pagi ini:
|
Kudup pokok jarum tujuh bilah. |
|
Cuba teka bunga kenit pokok apa ni!! Ni bunga daun kesum
- baru pertama kali tengok! |
|
Bunga kaktus tiga serangkai kembangnya yang tidak sempat dinikmati! |
|
Pokok Nasir sudah habis kembangnya! |
|
Last but not least, cantik juga bunga pokok pagar ini ya! |
Salam mak aji,
ReplyDeleteyang merah tu orng panggil bnga jarum kan? ingat ms kecik2 suka gigit, rs manis2... wah pokok nasir pn dah berbunga jgk..sbb nasir ikan mcm pokok orng jantan lah mak aji..hehe
Salam. Yang kudup tu memang bunga jarum 7 bilah dan yang paling atas tu bunga ixora. Yg mana satu digigit2 tu? Rasa manis eh? Kebetulan pula namanya Mak Aji bubuh nama lelaki ya! he he.
ReplyDelete