About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 4 October 2012

Pak Ali dari Nurseri Pak Ali

As-salam.

Alhamdulillah pagi ini Mak Aji sempat pergi lagi ke Nurseri Pak Ali untuk membeli pokok yang tertinggal sebelum ini iaitu pokok patawali/bakawali dan pokok jarum tujuh bilah yang berbunga ungu (dua warna bunga lagi tiada stok). Satu lagi anak benih yang dibeli ialah pokok tiga bulan atau pokok zaleha (kata Pak Ali sambil senyum!) atau hydrangeas baka kampung (yang rajin berbunga mengikut Pak Ali, tidak seperti yang baka Cameron yang berbunga sekali terus senyap, he he!). Jadi, tentunya kita mahukan yang suka berbunga, kan!

Memandangkan pada pagi ini Pak Ali tidak sesibuk semalam, maka Mak Aji sempat menemuramah Pak Ali - itu yang Mak Aji khaskan entri ini khusus untuk Pak Ali! 

Pak Ali dan isteri.

Pak Ali, nama sebenarnya Mohd Ali Mokhti, bekas seorang renjer hutan dengan FRIM. Beliau sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan sekitar 7 tahun lalu dan memulakan nurseri ini. Selain menjual pokok herba (tumpuan beliau) beliau juga menjual pokok hiasan lain. Beliau juga dengan murah hati memberi nasihat dan memberi bantuan kepada orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan dan mahukan pengubatan secara tradisional. Dengan itu, beliau menyediakan herba yang siap dikeringkan untuk dibuat ubat rebus dan sebagainya. Ada juga mereka yang datang berubat dengan anak kecil yang menangis malam! 

Seronok Mak Aji melihatkan Pak Ali suami isteri mengusahakan perniagaan nurseri ini dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang cukup bernilai kepada masyarakat sekitar! Muka kedua suami isteri segar, kelihatan muda dan ceria dek 'senaman' setiap hari di nurseri serta mengamalkan memakan herba! 

Sebagai maklumat tambahan, Pak Ali juga diberikan tugasan khas untuk menyelia ladang herba di Istana bukit Serene dan beliau akan dipanggil ke sana sekali-sekala! Hebat Pak Ali ya!!

Mak Aji sertakan pautan blog Pak Ali yang disediakan dan diselenggarakan oleh anaknya untuk anda layari!: 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...