Pak Aji kembali dari Yaman dengan membawa ole-ole dari sana yang antara lainnya buah delima dan asam limau nipis. Buah delimanya besar-besar, begitu juga isi di dalamnya. Asam limau nipisnya pula bekulit nipis dan boleh diblend terus dengan kulitnya sekali. Saksikan:
Delima dan asam limau nipis. |
Perhatikan isinya yang besar-besar, cukup manis!! |
Pak Aji mendapat petua mengeluarkan isi delima semasa pertama kali ke Yaman. Caranya, belah buah delima - jangan sampai ke dalam, sekadar kulitnya sahaja. Kopek menjadi dua bahagian. Telangkupkan dan tadah pinggan dan gunakan hulu pisau yang berat (hati-hati dengan mata pisau) dan ketuk. Isi akan seluruhnya keluar dengan mudah!!
Pak Aji ada juga membawa balik beberapa biji asam limau yang sudah rosak/busuk - untuk dibuat benih katanya. Insya-Allah akan ditanam nanti!
Salam mak aji..dulu kami pernah ada pokok delima kat umah..rajin jugak berbuah..namun rasanya kelat-kelat gitu...tak termakan..alih2 tebang jer pokoknya...hmm selamat..
ReplyDeleteSalam Ummuaidan. Serba salah pula ya, bila x manis, dah tinggal arwah. Mak Aji terfikir juga untuk menyimpan biji buah delima ni. On second thoughts, kalau dr biji nak besar dan berbuah mahu bertahun agaknya. Jadi lebih mudah beli aja anak pokok tp x de jaminan buahnya manis pula.
ReplyDeletealaa bukan lama pun mak aji 2 tahun dah berbuah dahh
Deletedelima ada sebiji aja lagi, insya-Allah kalau gitu boleh cuba semai benihnya! Banyak stok benih ni, entah bila nak semai, jgn sampai x bernas lagi sudah.
ReplyDelete