About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 14 October 2012

Bunga dan Pokok di Laman

As-salam.

Seminggu lepas Mak Aji berkurung dalam rumah kerana kurang sihat. Pak Aji sahajalah yang bertugas menyiram pokok, cuma tidaklah sekerap mana sebab mendapat siraman semula jadi - hampir setiap hari hujan. Semalam Mak Aji berasa lebih sihat dan pagi ini sempat meninjau laman. Pokok-pokok agak segar dek hujan dan selepas dibaja tempoh hari. 

Bunga kertas galak berbunga.
Bunga rumpai yang comel sekali.
Kemboja Jepun tidak mahu kalah - tidak pernah berbunga sebanyak ini.
Tidak pernah tahu yang pokok daunan berjuntai ini berbunga juga.
Bunganya putih dan halus-halus.
Daunan puding keriting (saja boh nama tu) menghijau.
Pokok Nasir nak berbunga untuk pertama kali sejak dipindahkan ke pasu!
Daun kadok dan pokok ginseng di tengahnya - entah kat mana nak ditanam ya??

Pagi tadi tidak banyak usaha berkebun dapat dibuat sebab cuaca pagi agak panas, perlu cepat-cepat masuk takut migraine. Hai, macam puteri lilinlah pulak...... 



8 comments:

  1. Salam Mak Aji, alhamdulillah dah sehat ya...cantek bunga-bunga dilaman tuh..pokok nasir pun ada, baru first time dengar...utk apa dah daun kadok tuh? lupa lak..

    ReplyDelete
  2. Salam. he he pokok Nasir tu saja letak nama tuan punya pokok yg Mak Aji take-over (take over jawatan di ofis, rumah institusi dan pokok dia sekali semasa bertugas di JB!). Ummu boleh check bunga kuningnya bila cari bunga Nasir ni. Kelopaknya besar, kembang sehari dua saja. Dauk kadok utk masak lemak kuning siput sawah/sedut (kalau Kelate punya yg rupa mcm siput bab tu). Br pekena masa blk kg hr tu (rakyat Kelate jugok). Pun utk buat miang kham (makanan Siam) - ulam - mcm makan sirih dgn bubuh segala benda atasnya, lipat n kunyah mcm tu je, sedap!!!

    ReplyDelete
  3. sejuk mata lawat sini..pokok yg hijau bunya warna warni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah memang itupun tujuan berkongsi - berkongsi rasa ketenangan dan keceriaan setiap kali melihat tanaman menjadi, juga tentunya untuk mensyukuri anugerah-Nya.

    ReplyDelete
  5. Kak..daun kaduk tu kalau biar penuh halaman rumah..bunga kuning tu cantik..spesis rumput juga kan..kat kebun sementara saya di Seremban tu banyak pokok ni ..tak larat nak cabut..halus2 daun dan bunganya..

    ReplyDelete
  6. Itu yang masih belum tetap nak tanam kat mana lagi ni. ya spesis rumput, memang jenuh juga nak cabut.

    ReplyDelete
  7. suka tgk duan kaduk di tanam dalam bekas ais krim....simple lagi praktikal.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya itu bekas sementara shj sementara nak tentukan nak tanam kat mana. Jangan sementara jadi kekal sudah! Dah berbulan di situ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...