Dua hari lepas Mak Aji minta Pak Aji memindahkan pokok akar dani yang di dalam pasu agar ditanam ke tanah - sebenarnya ini termasuk dalam usaha awal mendapatkan pergola!! Mak Aji sebut bahawa Mak Aji kasihankan pokok itu yang agak tinggi, yang sentiasa tumbang setiap kali angin bertiup agak kuat. Tempatnya pula di tempat yang Mak Aji rancang kedudukan pergolanya.
Pada petang ini Mak Aji usik Pak Aji, "Pokok akar dani tanya saya bila nak dibina rumahnya (pergola). Pak Aji senyum dengan berkata, "Eh, dia pun ada tanya saya." Mak Aji menjawab, "Yalah, ditanya saya tu, sebab awak buat derk aje kat dia!!" Pak Aji terus gelak!! Nampak gaya macam jarum sudah masuk, he he!!
Ini dia pokok akar dani (yang bertanya tu!) yang nampak segar dengan daun yang baru tumbuh semula setelah dipindah ke tanah:
Pokok akar dani. |
Kalau berbungalah pokok ini, beginilah rupanya yang mempunyai dua tona warna, putih dan merah, dengan bau yang cukup harum!!
Ini bunga akar dani. |
Ini dari dekat. |
Mak Aji kalau dapat pergola yang 'bodoh-bodoh' sahaja pun sudah cukuplah, tidak perlu yang canggih manggih pun!! Ini kerana pokok ini perlukan tempat memanjat yang sesuai. Tak apa, usaha memujuk terus berjalan.
Sumber foto bunga : http://maorisaid.blogspot.com
No comments:
Post a Comment