About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 29 May 2013

Sudut Kaktusku

As-salam.

Di sudut beranda Mak Aji ada sebuah meja lama yang diperoleh percuma daripada seorang tauke perabot apabila Mak Aji membeli sebuah rak kasut tidak lama dahulu (di sini). Setakat ini meja itu berkhidmat sebagai tempat letak pemanggang elektrik yang digunakan untuk barbeku. Kononnya meja ini akan diberi nafas baru dengan mengecatnya semula tetapi projek DIY itu asyik tertangguh sahaja, entah bila akan disempurnakan. 

Setelah mengumpulkan koleksi pokok kaktus di beranda, terfikir pula untuk menyediakan sudut khas untuk mereka! Dan dengan itu khidmat meja tersebut diperlukan. Lihatlah sudut kaktus yang baru tercipta pagi tadi:

Ada yang bergantung, dan ada yang di palang dan di atas meja. 
Kaktusku yang ini pula berbunga.
Bunga merah baldu menambat kalbu!
Gabungan kaktus pelbagai bentuk dan warna menceria suasana!



16 comments:

  1. salam makji..
    wah siap ade ngan sudut kaktus lagi tuh..saya suka kalau gantung banyak2 terutamanya yg jenis manjang cam ular gitu kan..nampak lagi ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Saja mengesyokkan diri sendiri - Pak Aji tengok biasanya dia senyum dan geleng kepala je! Rumah Mak Aji dapat matahari petang, lama dan terik, jadi kat beranda ni sedap duduk sebab dapat matahari pagi - tempat lepak sekeluarga.

      Delete
  2. salam mak aji,
    cantiknya bunga kaktus tu, tk pernah tgk pun sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Cantik bunganya tapi awas baunya kurang enak hinggakan lalat suka hinggap! Kaktus ni cukup senang tanam, potong dan cucuk je, insya-Allah hiduplah dia.

      Delete
  3. cantiknya bunga dia banyak kumtum pulak tu, akak guna baja apa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Srikota Garden,

      Mak Aji guna baja tahi ayam yang kami beli pek besar kat nurseri. Semua pokok kecuali ros mendapat baja yang sama je. Kalau untuk galakkan berbuah untuk pokok buah tu kami letak baja buah pulalah.

      Delete
  4. Salam Mak Aji.. wah banyaknya. Mak Aji boleh geng dengan mak nurul lah macam ni.. Sama-sama suka kumpul kaktus. Nanti ada masa nurul upload gambar kaktus mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Oh ya ke, rupanya mak Nurul pun suka ya! Tak sabar nak tengok koleksi mak Nurul pulak!

      Delete
  5. tiap kali ke cameron highlands,tiap kali tu la saya beli kaktus...tiap kali tu jugak la bila bawak blk,jadi arwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Mak Aji ada juga kaktus yg dibawa balik dr Cameron yang kantoi tapi alhamdulillah kebanyakannya ok pulak. Sebenarnya dr segi harga x perlu susah2 bawa balik dr sana, kalau kat KL ni, harga di nurseri Sungai Buloh pun sama je dgn yg dibeli di sana!

      Delete
  6. Aduhai Mak Aji betul-betul buat mata kakak tak berkelip. Kakak pernah dapat hadiah kaktus dari nursery yg selalu kakak beli pokok bunga dgn dia tapi tak besar-besar kakak tengok macam itu aje saiz dia... tengok Mak Aji punya geram betul siap berbunga lagi macam kat nursery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alahai seganlah pulak, Mak Aji cuma susun letak setempat aje supaya elok sikit je. Mak Aji punya pun memang lambat besar kecuali yang berbunga merah hati tu, sehari dua ni memang subur nampaknya. Yang dalam pasu biru tu baru beli je, harap2 subur jugalah insya-Allah.

      Delete
  7. salam mak aji, pandai mak aji jaga kaktus...Nampak segar-segar jer tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      x pandai manapun sebab ada juga satu dua yang kantoi setelah beberapa lama dibawa balik ke rumah, terutama yg dari Cameron - terkejutkan cuaca agaknya. Yang berbunga merah tu alhamdulillah elok segarnya hingga kali ni lebat berbunga.

      Delete
  8. salam mak aji...

    seronok liya tgk kaktus-kaktus mak aji nie... cantek-cantek belaka... liya tk pandai nak jaga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Liya,

      x susah manapun, yg bunga merah tu siram macam siram pokok biasa je, yg selain tu sembur/semprot (kata orang seberang) dgn spray sekali dalam 2 minggu, insya-Allah ok.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...