About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 21 May 2013

Tanamnya di Luar, Tuainya dari Dalam!

As-salam.

Dalam perjalanan balik dari nurseri Sungai Buloh, kami menyinggah di kedai runcit. Kali terakhir menyinggah di situ Mak Aji perasan akan buah peria yang tumbuh di suatu sudut jeriji besi di kedai tersebut - seolah-olah secara tidak semena-mena peria tumbuh entah dari mana! (Tidak pula Mak Aji menjenguk di dinding kedai di belakangnya). Begini rupa-rupanya dia:

Peria bergantungan dari dalam kedai!
Di belakang dinding kedai -  pokok peria!
Pokok peria yang cuba 'menakluk' kedai runcit!
Bagus juga ya sekiranya pokok menjalar kita di tanam di luar rumah tetapi boleh dipetik dari dalam rumah - tidak perlu keluar pun!!


14 comments:

  1. boleh petik free ke hehe...
    buat kerabu ala2 kelantan,sedap..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Tak sempat pulak nak melawak dengan tuan kedai, he he - yang di tong kena beli, yg bergantung dan petik sendiri tu free!! Berair mulut dah dengar kerabu ....!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji..Suatu kemudahan pd tuanpunya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Betul tu, x payah nak keluar kedai boleh petik!

      Delete
  3. salam mak aji, pokok peria ni nmpak mcm pokok anggur la plk...peria katak ke ni mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Betul juga ya, hampir serupa daunnya. Bukan peria katak, peria biasa.

      Delete
  4. Rezeki org rajin Mak Aji. Tempat kakak tu ada auntie cina tanam petola siap sampai naik tiang dan wayar elektirk. Buahnya bergantungan. Org TNB siap ambil lagi. Tapi bahaya jugalah sebab wayar letrik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Itulah dia, asal rajin adalah hasilnya. Rezeki orang TNB ajalah nampaknya, sebab org lain takut nak naik! Mak Aji pernah terlihat pokok mangga yang tinggi berbungakan bunga kertas! Punyalah tinggi dipanjatnya pokok bunga kertas itu, nampak pelik juga ada!

      Delete
  5. salam mak aji :)
    waah, byk betul peria yg tergantung tu geram tengok, kat mata ni dah terbayang2 peria goreng garing mcm kt kedai mamak tu.. sedapnya.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eithusa,

      He he suka peria goreng tepung ya! Mak Aji pun suka makan tu kalau ke kedai mamak! Cukup ngam dengan kari ikan mamak!!

      Delete
  6. salam makji..
    wah ..kalau macam tuh bestkan..leh dijual segera jgk bg sapa yg nak kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      he he, betul tu! Segar dari ladang!

      Delete
  7. mak aji..ila tanam kacang botol tapi macam dah nak mati je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ila,

      Macam nak mati, belum lagi, kan, sebelum masuk dok kena manjakan pokok dengan cukup baja dan air serta pujuk2 dia sikit!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...