About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 18 May 2013

Cukup Ceria Si Bunga Raya

As-salam.

Berikut pula bunga raya kuning yang rupa-rupanya bukan Mak Aji seorang sahaja yang berkenan, ada ramai yang suka dan meminta keratan batangnya! Pak Aji kata - "kalau nak mudah beli saja kat nurseri, cepat besar, cepat keluar bunga!" Mak Aji ok sahaja asalkan ada yang mahu melayan Mak Aji ke sana (sudah muak memandu sendiri - sudah 38 tahun duduk di belakang stereng!) Sekarang nahu jadi mem sahaja.

Setiap kali lalu di jalan belakang pokok ini setiap kali itulah menoleh untuk melihat bunga ini!
Selain bunga raya ungu dalam entri lepas dan bunga kuning ini, ada lagi bunga raya lain yang terdapat di lamannya, seperti berikut:

Bunga merah dua lapis kelopak!
Menarik, bukan!!
Si merah jambu cukup manis sekali!

14 comments:

  1. salam mak aji,
    cantik semuanya, mak sy pun minat sgt ngan bunga raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Jiran Mak Aji tu memang minat bunga, terutama bunga raya. Bunga kertas pun ada juga yang menarik di rumahnya. Sukanya tengok! Pernah tak dengan cerita org kata, bunga raya xleh tanam dekat dengan rumah, nanti hantu raya datang?! Mak Aji rasa hantu tu tuan rumah tu sebab tuan rumah tu yg minat pokok ni, he he!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji.. saya pun suka bunga raya lain2 warna ni... unik.. hamya ada yg putih dan bunga yg jenis lebar..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Mak Aji cuma ada satu je, rugi pulak rasanya x ambil baka sebelum pindah dr rumah di JB dulu tu, ada yg dua tingkat kelopak warna merah. Bunga raya putih katanya boleh dibuat ubat, kan?

      Delete
  3. saya tak suka sangat bunga raya. tapi yg atas sekali ni cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awn,

      Mak Aji suka kalau buat pokok pagar, apalagi kalau beraneka warna!

      Delete
  4. salam makji..
    bunga raya kuning tuh memamng cantik..no wonderlah ramai pe minatnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang ya, unik sekali yang kuning tu!

      Delete
  5. salam mak aji, mmg bunga raya kuning sgt menawan....mungkin sbb kita jarang tgk kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Yalah kut, sebab x pernah atau jarang tengok, jadi macam eksotik gitu, he he.

      Delete
  6. Mak Aji... kakak pun ada tanam beberapa species bunga raya. Tapi itulah kakak punya tak meriah bunganya. Kalau ada pun sekuntum dua aje...

    Tengok Mak Aji punya pokok meriah menawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alahai Mak Aji pun ada sekadar sepokok je, berbunga pun sekali-sekala je. Dok tayang ni jiran punya, saja tumpang seronok walau orang punya, he he!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...