About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 2 May 2013

Kawasan Baru Diteroka Sudah

As-salam.

Sebelum ini Mak Aji ada menyebut usaha untuk meneroka kawasan baru di laman yang tidak mendapat kelulusan big boss (nanti semak, katanya!). Sebelum dia balik dari berpergian, Mak Aji meminta bantuan Boy untuk melaksanakan usaha (larangan) menghijaukan kawasan ini. 

Kawasan ini bersebelahan porch dan di tepi tembok pagar, juga bersebelahan pintu masuk ke dapur (jika ada majlis, tetamu perempuan perlu masuk melalui pintu ini). 

Sampai sahaja Pak Aji ke rumah dia meninjau ke pergola. Dia tercari-cari pokok kacang panjang (Mak Aji buat tidak tahu sahaja). Setelah berkeliling beberapa kali, ditanyanya, "mana pokok kacang panjang?" Mak Aji menjawab, "dia tak mahu dok kat situ, dia nak dok kat sana," sambil menunjuk kawasan baru! Pak Aji tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala! "Kenapa tak letak tepi katil aja," katanya sambil tersenyum!! 

Amaryllis serta ros juga menghuni kawasan baru di tepi pagar.
Peneroka awal kawasan baru.




10 comments:

  1. hehehh tersenyum sy baca mak aji..yg letak tepi katil tu...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kena ejek sikit takpa, janji apa yg kita nak buat dapat, he he!

      Delete
  2. Assalammualaikum ummu,
    pic pertama tu, pasu hitam paling hujung, bunga ros ke?.banyak benar kuntumnya cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Ya, memang ros, kecil2 bunganya tapi sekali berbunga banyak kuntum. Sejak beli belum berhenti berbunga. Kumpulan ros pertama yang dibeli.

      Delete
  3. salam mak aji, kemas lah guna kotak polystrene tu, gud idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Melihatkan kawan2 blogger lain memanfaatkan kotak polisterin, maka Mak Aji pun gunakanlah juga kotak2 ni drp dok menyemak berlonggok kat belakang. Dengan saiz yg besar tu, memang murah harganya berbanding beli pasu. Pun sebahagian usaha kitar semula!

      Delete
  4. kemas ajer susunan pokok2 mak aji, sy punya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam smRose,

      Takat ni kemaslah lagi sebab sikit je, belum diimport tambah lagi. Esok lusa wallahualamlah!

      Delete
  5. Replies
    1. Hi Dewberry,

      Thank you, it's my first attempt at having roses in the garden. So far so good.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...