As-salam.
Pernahkah anda mendengar tentang betik rambai? Sebetulnya Mak Aji baru tahu tentang pokok betik ini. Kata Pak Aji betik jenis ini jenis betik jantan (yang biasa itu betik betina) dan kalau bernasib baik, pokok ini juga boleh mengeluarkan buahnya sendiri. Selain itu pokok ini juga (kurang pasti bahagian mana) boleh dibuat ubat! Ubat apa kurang pasti pulalah, kenalah buat rujukan sedikit. Mahu lihat pokoknya?
Pokok betik rambai. |
Bunga betik yang cukup banyak tetapi setakat ini buahnya yillek!! |
Setelah membuat sedikit rujukan Mak Aji terjumpa foto ini. Agak pelik juga sebab inilah pertama kali Mak Aji melihatnya:
Agak pelik, kan!! Sumber foto: aidakw.blogspot.com |
Salam Mak Aji,
ReplyDeleteBunga betik pun boleh ditumis dengan udang kering untuk buat sayur. Di tamu sini banyak jual bunganya. Kami pun belum dapat rezeki pokok betik rambai.
Salam Diana,
DeleteOh ya ke! Dapat resepi baru! Insya-Allah akan dicuba, seronoknya! Pokok ni pun tumbuh by chance ya, Mak Aji pun pertama kali ada pokok betik macam ni.
salam makji...
ReplyDeletepatutlah dipanggil betik rambai..sebai buahnya terjuntai cam rambai..agak2 sedap tak rsnyananti..?
Salam Ummuaidan,
DeleteBetul tu! Kalau ikut maklumat yg Mak Aji dapat, isi betiknya x elok (x elok macam mana x disebut pula). Rasanya wallahualam!
ee betik rambai, tak pernah tengok betik ini.Mak Aji punya?..tolong keringkan benih, kalau ada peluang nak tanam betik ini, cantik sangat.Terimakasih berkongsi maklumat.
ReplyDeleteSalam Puteri,
DeletePokok ni (foto yg atas) sebenarnya tumbuh sendiri, x ditanam pun, burung agaknya yg bawa benih ke situ. Foto yg last tu Mak Aji ambil foto orang lain (ada sumbernya kat situ). En. Iskandar (tanamsendiri) ada entri pasal ni. Rasanya kalau sengaja nak tanam x berbaloi sebab kata orang isi betik ni x elok, rasanya pula wallahualam. Mak Aji punya pokok belum ada bayang buah lagi, entah mahu keluar buah atau tidak, x tahulah. Kita tunggu ya!
Salam Mak Aji, saya tengah mencari biji benih pokok betik rambai / betik jantan nih.. ingin tanam kat depan rumah. sebab suami saya sangat gemar memakan bunga betik di rebus buat ulam, Jika di beli di pasar.. lima kumtum RM2.00 mahal kan?
ReplyDeleteSalam Linalyn,
DeleteMak Aji nak kena simpan benihnya untuk Puteri Purnama, bolehlah Mak Aji simpankan untuk Linalyn sekali ya, insya-Allah. Boleh tahan ya, RM2 untuk 5 kumtum! Sila tinggalkan e-mel dan alamat kat e-mail Mak Aji ya!
Saya tlg jawab utk linalyn ye mak aji.. Betik jantan ni mudah je cara nak dapat benihnya. Semai betik guna biji betik yang jenis bunga betina bukan betik hemafrodit. Biasanya anak pokok yg bercambah peratusannya lbh tinggi menjadi pokok betik jantan. Drp 10 anak, 8 atau lebih akan jadi pokok jantan. Kat rumah saya banyak pokok betik yg tumbuh sendiri dan berbunga jantan.
DeleteAs salam mak aji,
ReplyDeleteSaya terlepas entri yang ni. Betik yang kat tu betik jantan dan ia tak akan jadi buah. Tapi yg bawah sekali tu memang salah satu baka betik iaitu betik rambai. Kali terakhir saya tgk pokok betik dan buah betik rambai kat pokok adalah masa kecik2 dulu.
Salam Adry,
DeleteOh ya ke, Mak Aji dok ingat betik jantan ni kalau nasib baik boleh jadi betik rambai. Dapat salah infolah ni. Terima kasih kerana membetulkannya! Kalau gitu sorilah ya, benihnya bakal gak (tidak) ada ya! (Puteri dan Linalyn).
Hi mana boleh beli saya nak ubat harga Mahal sikit tak Kisah Baru bubuh stent untuk jantung
ReplyDeleteSaudara suruh makan ini
as slm.. mak aji tggl mana.. susah bebenauuu nk cari betik ni
ReplyDeleteAssalam. Sy di klang ada tanam pokok betik rambai. Kalau berminat whatsapp/call sy 0127569163(dija)
DeleteRumah says pon banyak bunga betik rambai..kalau nak dtgla..area banting
ReplyDeleterumah kat mana tu puan..sy sedang mencari betik rambai..bole contact sy nita_poli@yahoo.com.my
ReplyDeleteSalam mak Aji mana boleh saya dapat kan betik ni
ReplyDelete