About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 15 May 2013

Jom Buat Som Tham!

As-salam.

Alhamdulillah percubaan pertama som tham menjadi dan oleh kerana ada rakan-rakan blogger yang ingin tahu versi som tham yang Mak Aji buat, berikut Mak Aji perturunkan:

Fotonya sekali lagi ya, bikin kecur air liur!
Lesung som tham yang diimport khas dari Siam
(tapi melambak di Kota Bharu!)
Bahan-bahannya:

250gm betik mengkal yang disagat kasar
1 biji tomato dipotong 8 bahagian (Mak Aji tak buang bijinya)
2 biji asam limau nipis diambil jusnya
1 sudu besar nisan/gula daripada nira kelapa/gula biasa - sesuaikan ikut selera
3 sudu besar kacang tanah yg disangai (goreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
2 sudu besar udang kering (basuh, toskan)
2 ulas bawang putih
20 ulas cili api (Mak Aji suka pedas, boleh kurangkan jika tak tahan pedas)
1 sudu makan sos ikan/nam pla  (boleh tambah jika kurang masin)


Cara-caranya:

Masukkan bawang putih dan cili api ke dalam lesung (lesung kayu som tham, kalau ada), dan tumbuk kasar. Masukkan udang kering, juga tumbuk kasar. Masukkan gula nisan/gula biasa, jus asam limau nipis dan tumbuk sedikit. Masukkan tomato dan lenyek-lenyekkan sedikit. Masukkan sos ikan dan akhir sekali masukkan betik. Tumbuk sedikit (jangan kuat-kuat) serta gaul rata. Rasa dan cuba sesuaikan rasa masin, masam, manis serta pedas mengikut selera anda sendiri! Sebelum dihidangkan tabur kacang tanah.


Catatan: Mak Aji tidak masukkan garam sebab sos ikan sudah sedia masin. Juga tiada MSG sebab Mak Aji tidak pakai perasa itu. Mak Aji guna gula nisan, jadi jika guna gula biasa kena kurangkan sedikit ya! Kalau anda suka kacang panjang, anda boleh patah-patahkan sepanjang 2 inci panjang dan masukkan juga dan gaul. Anda juga boleh masukkan kangkung jika suka, juga dipatah-patahkan dan gaul. Selamat mencuba dan harap menjadi!!



12 comments:

  1. Replies
    1. Salam Doc,

      Orang Kota Bharu x perlu susah payah buat sendiri, boleh main order je, he he!

      Delete
  2. salam mak aji,
    nampaknya kene beli lesung dia dlu la...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      He he lakulah nanti lesung ni ya! :)

      Delete
  3. Replies
    1. Salam Awin,

      Mai kita pakat buat ramai-ramai, he he!

      Delete
  4. Assalam Mak Aji..tengok je dah telan air liur.. saya pun sama macam Rose.. nak kena g KB beli lesung tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Sebenarnya kan, kalau xde pun takpe, cuma kalau ada lebih baik. Ada orang pakai gaul gitu je, pun ok, macam dok buat kerabu mangga tu. Lesung tu eksyen je lebih, he he, konon nak tiru org yang menjualnya buat!

      Delete
  5. Assalammualaikum Ummu.
    terimakasih kongsikan resepi ini.Saya ada banyak buah betik, tak pernah lagi buat resepi som tham ni.Nak buatlah.Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Sama-sama. Mak Aji buat ni main agak-agak aja, boleh saja ubah suai ikut selera masing-masing - mengilut kata seorang kawan blogger, tiada istilah derhaka resepi, :).

      Delete
  6. Wah boleh tambah nasi 2-3 pinggan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Itu yang sedikit bahaya tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...