About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 31 May 2014

Kutukar Gelarmu, Ya!

As-salam.

Pokok bunga Disember yang dibawa balik dari Surabaya sampai bertukar tahun masih belum menggembirakan tuannya dengan berbunga seperti yang diharap-harapkan. Disember sudah lama berlalu, dan setengah tahun lagi Disember tahun lain pula akan muncul. Bunganya entah ke mana-mana lagi!? 

Walau bagaimanapun, kempunan melihat bunga Disember akhirnya hilang apabila satu daripada dua bebawang yang dibeli melalui dalam talian berjaya menghasilkan bunganya yang pertama:

Masih belum sepenuhnya kembang - separuh jalan cuma tetapi tetap mengujakan!
Mak Aji mahu memanggilnya dengan nama lainnya, iaitu fireball lily dan tidak lagi bunga Disember (entah siapalah punya idea meletak namanya sedemikian??). Fireball lilyku, kembanglah engkau, kalau boleh sepanjang masa, jangan tunggu bulan apa-apapun, agar berseri lamanku dengan kehadiranmu! 





2 comments:

  1. Kempunan betul mak aji dgn bunga Disember tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Terubat sudah kempunan bila dah dapat tengok dia kembang di laman sendiri, he he! Ada penamat juga kisah bunga ni ya, kalau tak tu semacam meroyan pun ada (sikit ajelah), he he!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...