About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 25 February 2014

Buah Mahkota Dewa Dimanfaatkan

As-salam.

Pokok mahkota dewa berbuah dengan lebatnya kali ini. Untuk tidak membazir lagi, Pak Aji mengutip kesemua buahnya yang masak untuk dimanfaatkan. Setelah dipotong nipis-nipis dan dikeringkan di tengah-tengah panas selama dua hari sehingga cukup kering, berikut hasilnya:

Rupa seperti asam keping.
Alhamdulillah dapatlah sebotol!
Adry, seorang rakan blogger pernah memaklumkan bahawa sekilo buah mahkota dewa yang siap dikeringkan boleh mencecah harga RM100 sekilo! (aku kaya, aku kaya!) Apapun setakat ini Pak Aji yang merendamkan sekadar dua keping di dalam air panas (tutup kolenya) dan setelah sejuk sedikit diminum. Mak Aji juga ada meminumnya dan rasanya sedikit masam - alhamdulillah dari segi rasa ok! 

Katanya buah ini bagus untuk mengawal kencing manis serta darah tinggi. Boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai kedua-dua masalah kesihatan ini, insya-Allah.





8 comments:

  1. Boleh tahan mahal harga nya..yela kn kalu sesuatu yg boleh anti penyakit mesti melambung2 harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Itulah dia, terkejut juga Mak Aji bila dimaklumkan hal ini! Bila permintaan tinggi inilah jadinya.

      Delete
  2. In syah Allah, khasiat kurniaan Nya.. ada rezki saya pun nak cuba tanam sepokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      Jom kita sama-sama tanam!

      Delete
  3. Assalam Mak Aji..mengenai neem tu cuba Mak Aji add fb Stevia Healthysweetness.. dia jual produk neem rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Ok terima kasih Mar, nanti Mak Aji buat.

      Delete
  4. Wah mahal tu harga pasaran hihi..rasa masam mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Itulah lazimnya ya, kalau dah didapati bermanfaat, ramai org nak, maka mahallah harganya. Rasa sikit2 je masam tu, memang ok, boleh minum!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...