About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 20 February 2014

Awas dengan Kulit Telur!

As-salam.

Beberapa minggu lepas guru Pak Aji datang bertamu di rumah selama beberapa hari. Selama beberapa hari di rumah kami kelas pengajian diadakan beberapa sesi dan anak-anak murudnya juga datang bertandang. Dek kerana itu Mak Aji tudak sempatlah menjengah blog.

Semasa berada di rumah, guru Pak Aji ada menegur (dia perasan agaknyalah!) agar kulit telur jangan lagi diletak sekitar rumah sebab selain tulang belulang ayam, ikan dan sebagainya, kulit telur juga habuan jin! 

Kulit telur makanan jin juga!

Mak Aji pernah mendapat petua daripada kawan-kaean yang selain uncang teh, kopi, kulit telur juga boleh diletak dipangkal pokok sebagai baja!! Rupa-rupanya kulit telur bukan sahaja menjadi baja, malah menjadi pemanggil jin! Guru Pak Aji juga dapat mengesan bahawa dalam bilik tidur kami juga ada jin perempuan anak-beranak! Berdiri bulu roma Mak Aji. Alhamdulillah sudah diusahakannya supaya jin anak beranak itu berpindah ke tempat lain! Entah-entah gara-gara kulit telur yang ditabur di pangkal pokok anggur yang bersebelahan bilik kami!

Sudahnya, Pak Aji kambus rapi kulit telur agar anasir yang tidak kita suka tidaklah lagi bertandang, insya-Allah! 





7 comments:

  1. salam makji,
    iyer ker..kalau mrk makan pun nampak cam tak makan kan..tak nampak luak pun kan?..
    hiiii kat umah nie siaidan suka sangat main ngan kulit telur..chicken's eggs katanya..tiap kali nampak nak masak telur mesti tunggu..kalau tak buat yg tebuk kecik lubang tuh mesti ngamuk sakan..geram btul kengkadan kena pecahkan telur sembunyi2 mls nak lyn permintaannya tuh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Ada lagi pokok Mak Aji yg belum dikambus rapi kulit telurnya, rasa mcm seram je nak gi dekat, takut ada member kat situ, he he! Memang nampak mcm takde kesan apapun. He he, macam2 ragam abang Aidan ya!

      Delete
  2. oooooo...eii...seram gak. patutla psu kunyit sy macam ada yg bergasak kt dalam nya..rupa2nya......sbb kulit telo kot. aiyoyo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Mak Aji sekarang buang ajelah kulit telur - better safe than sorry.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak.sepanjang saya mengaji dengan ustaz ismail kamus berkenaan penjelmaan dan makanan jin, hanya tulang dan asap sahaja di ketahui dari sanad hadis rasullulah s.a.w yang sahih. Tentang kulit telur tidak ada hadis yang saya jumpa. Malah kalau jumpa bomoh ( astagfirullah) yang telur di jamu pada jin pun tak makan. Jin makan hanya sekadar jilat mukan ngap2 macam kiter. Jadi telur mahu pun kulit bukanlah makanan jin.
    jin yang di lihat oleh irg tersebut saya tak tahu lah kak.pada pemahaman saya jin adalah ghaib.hanya dalam unsur penjelmaan haiwan seperti ular baru kita nampak.sebab ustaz ismail kamus sendiri tidak boleh melihat kerana ayat alquran dan hadis menyatakan manusia tidak boleh melihat jin pada rupa yg asal..wahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazayri,

      Sebenarnya guru tu tak pernah sebut yang dia tengok jin tu, cuma dia kata ada, anak beranak. Untuk pengetahuan juga guru ni bukan sebarang guru, beliau belajar di Makkah berpuluh tahun dan digelar sheikh oleh Habib Umar, dari Darul Mustafa di Yaman, juga pernah berkali-kali ditawarkan sebagai mufti Thailand tetapi ditolaknya atas dasar tertentu. Beliau juga tidak menyebut kulit telur sebagai makanan jin, cuma diberitahu agar usah dibiarkan begitu sahaja di rumah - Mak Aji letak sahaja di tepi singki dapur sementara menunggu ditabur di pangkal pokok selain yang memang yang sudah berada di pangkal pokok. Dia melarang sebab benda itu akan menarik minat jin seperti juga tulang. Wallahualam.

      Delete
  4. astagfirullahaladzim..ku simpan kulit telur bnyk..da lme lak tu..sb nk buat masker kaki..da siap blend pon..huhu..nmpk gaye kne buang terus ler ni..terima kasih perkongsiannya ye ukhti..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...