As-salam.
Pak Aji memaklumkan bahawa semasa dia membersihkan sudut hujung laman dia perasan yang kawasan tanah sebelah nampak seperti tempat pihak tertentu duduk melepak (kelihatan bekas tempat orang duduk dan pijak). Dia mengagak ada budak-budak menghisap dadah atau budak-budak sekolah menyorok setelah ponteng sekolah (rumah kami dekat dengan sekolah menengah). Pun mungkin juga kerbau pendek?? Mak Aji ada terdengar orang/haiwan berdengus kuat semasa menyiram laman tempoh hari (sebelah pagi)!! Pucat gigi dibuatnya - jangan ada yang menerpa Mak Aji dengan menembusi pagar chain-link sudah!
Ok, berbalik ke cerita asal. Dek kerana itulah projek lampu laman dilaksanakan. Pak Aji mahukan tiang elektrik lama untuk projeknya itu. Maka dibelinya sebatang tiang elektrik. Dalam sakit-sakit belakang dia berjaya menegakkannya sendirian (Mak Aji tanya dia - pakai jin, eh?!) Dibelinya lampu LCD dan beberapa batang paip PVC untuk ditanam di tanah dan tadaaa!:
Lampu laman DIY. |
Sebenarnya Pak Aji pasang tiang ini dengan dua kaki - batangnya dikepit dua batang kayu agar tiang ini boleh direbahkan sekiranya mentol perlu ditukar. Yang kelakarnya apabila sambungan wayar dibuat, wayar diletak di dalam paip PVC putih (nampak tidak?), maka mana boleh lagi tiang ini direbahkan lagi?? He he, tuannya sampai sekarang belum perasan lagi!!
No comments:
Post a Comment