About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 17 May 2014

Tamu di Laman Lagi

As-salam.

Pagi ini sambil Mak Aji mengalih dua pokok bakawali magenta yang dibeli dari EM Nursery dengan harga RM15 sepokok, perasanlah pulak Mak Aji akan buah-buah anggur yang gugur sebagai 'kismis' - adalah setangkai yang sudah busuk tanpa tuannya perasan lagi! Hai Pak Aji kenalah buat sesuatu dengan anggur ini - asyik tidak perasan memanjang aje!

Apabila Mak Aji mendongak ke atas pergola ke tempat asal buah anggur yang jatuh kerana busuk itu, ini pula yang kelihatan!:

Begini rupanya kelawar dari dekat ya!! Elok aja buka mata pagi tadi, mana tidurnya!
Bergantung di netting pergola.

Pergola menjadi tempat berteduhlah pula untuk sang kelawar! Ini pertama kali Mak Aji menerima tamu jenis ini di laman! Rasa geli pun ada semasa merakam foto ini, tetapi dek kehendak mahu memfotonya dengan lebih dekat Mak Aji beranikan juga! Orang kata kelawar tidur siang dan berjaga malam - Mak Aji tengok elok aja mata dia terbuka - atau tidur mata tak rapat ke?? 

Oh ya, berikut kismis yang bertaburan di bawah pergola - sayangnya hai!:

Anggur yang menjadi kismis lagi! 
Kalau namanya bukan rezeki kita, kalau sudah berada di dalam mulut pun boleh diluahkan juga ya! 




2 comments:

  1. eeeii takutnya kelawar tu.. mata dia.. teringat drakula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Siti MAR,

      Selamat berkunjung ke laman Mak Aji. He he, itu belum lagi yang bermata merah, lagilah rupa dracula dia!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...