About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 2 May 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Tuaian hari ini adalah untuk melengkapkan ramuan ulam-ulaman bagi makan tengah hari - nasi kerabu. Ini tuaiannya:

Dari kiri pucuk serai kayu, pucuk tenggek burung dan di kanan daun kesum.
Mak Aji menggunakan isi ikan yang siap dijual. Begitu juga dengan kerisik kelapa yang sudah siap disangai. Sambal (serunding) ikan hanya dibuat dengan mencampurkan isi ikan, kerisik, serbuk lada hitam, sedikit garam dan secubit gula. Bawang besar cuma dimayang halus dan ditabur. Mak Aji juga menyediakan tumis (kuah pekatnya) dengan menumis bawang merah dan putih (yang dikisar), cili giling. Setelah naik minyak dicampurkan santan pekat. Letakkan sekeping asam keping. Boleh juga ditambah budu dan juga serai yang diketuk (serai yillek jadi tak bubuh). Biarkan mendidih lagi dan naik minyak serta pekat. Nasi kerabu sedap bila dikawankan dengan telur asin dan juga bawang putih jeruk! Jemput tengok!!

Nasi kerabu - sengaja diletakkan pewarna kuning agar lebih menarik.
Alhamdulillah - senyum puas kerana ulam-ulaman di laman berjaya dimanfaatkan lagi!



12 comments:

  1. Salam. Siap ada resepi nasi kerabu.boleh akak cedok ye resepinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakyon,

      Sebenarnya resepi tu ala kadar sahaja sebab Mak Aji pakai kelapa sangai dan isi ikan yang dah siap. Kalau buat sendiri ikan nak kena bakar dulu keluarkan isinya, tumbuk. Sambal ikan tu pula kalau bikin sendiri kena tumbuk lada hitam, bawang merah dan seulas bawang putih, letak garam dan sikit gula tumbuk. Masukkan isi ikan dan kepala sangai dan gaul. Makan sedap tapi rumit sikit nak buat. Bolehlah cuba. Kalau nasi kerabu versi Siam/Golok takde pakai kuah tumis pun, kering aje, semacam nasi ulam utara.

      Delete
  2. Senang kerja mak aji..isi ikan dah siap diperisikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang betul, senang kerja. Terjumpa kat pasar Siti Khadijah semasa balik kg. hari tu. Mudahlah nak buat nasi kerabu, sayur lemak putih dll yang guna isi ikan!

      Delete
  3. salam mak aji;
    nmpk special nasik kerabu kuning tu...tmbah2 ulaman pulak dari laman sendiri...puas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Daripada putih saja bohlah kaler kuning. Nak buat nasi kerabu hitam bunga telang sikit sangat, x cukup.

      Delete
  4. salam makji,
    sedapnya nasik kerabu ngan telur masin lagi tuh..bawang jeruk lagilah menambahpwerkan rs kan..
    senanglah kalau semua bahan tuh boleh beli jer...ingat dl kalau nak buat nasi kerabu seluruh kakitangan rumah dikerah...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      He he, Nor yang nak buat nasi kerabu hari tu yang jadi laksam tu, itu yang Mak Aji terliur nak buat nasi kerabu tu! Kat sini memang mudah sikit nak buat sekarang sebab dah ada yang instant ni, x macam dulu. Makan sedap tapi renyah nak membuatnya. Takpa x lama lagi UAA dah balik, kan, boleh makan serba macam yg takde kat sana!

      Delete
  5. Assalam Mak Aji.. Teringat makan gulai putih petola dengan isi ikan kat gerai depan PPZ kat Chow Kit.. teringat2 ... sebab sedap sangat.. ulam2 Mak Aji tu pun memang mengancam diet... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Mak Aji pun pernah makan kat tempat yang sama! Masak lemak putih kalau orang Kelantan masak memang ada isi ikan Mar! Mak Aji bila pertama kali makan masaklemak putih dan tengok takde ikan terasa pelik tetapi sekarang dah biasa. Memang banyak kerja sebab kena bakar (lebih sedap berbanding rebus) dulu, dikeluarkan isi baru tumbuk. Kalau lauk ni kena bertemankan ulam dan budu, cukup ngam. Memang hancusslah diet!

      Delete
  6. Replies
    1. Salam Diana,

      He he, setakat ni masih sihat alhamdulillah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...