About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 18 May 2014

Hydrangeas in Full Bloom

As-salam.

Kalau melihatkan bunga hydrangeas yang di nurseri besar-besar gugusannya, Mak Aji punya tidaklah sebesar mana. Walau bagaimanapun Mak Aji yang dapat sebegini saiznya pun sudah cukup teruja!:

Masya-Allah cukup cantik, kan!
Ini setangkai lagi.
Yang kembang cuma dua tangkai sahaja - foto sampai tiga - can't get enough of you!!
Ada sepokok lagi hydrangeas yang belum berbunga. Harap-harap kalau berbunga mahulah dia berbunga warna merah jambu pula ya!?  




Model Terpaksa

As-salam.

Melihatkan buah mangga besar yang ditunjukkan oleh rakan-rakan FB, Mak Aji juga mahu tunjuk mangga Mahathir Mak Aji. Untuk menjelaskan saiznya Mak Aji paparkan model yang Mak Aji paksa untuk memperagakan mangga Mak Aji!:

Muka sedikit ketat yang dipaksa senyum!
Senyum dalam terpaksa (apalah mama aku ni!)
Dah nak habis sesi fotografi, baru keluar riak relaks kat muka! TQ Hanif! Lain kali boleh jadi model lagi ya!?
Ini pokoknya dengan buah-buah yang berbalut akhbar:

Insya-Allah kalau semua menjadi banyak lagilah jus mangga untuk kami sekeluarga!




Semak Anggur

As-salam.

Buah anggur semakin besar pada hari ini. Seminggu dua lagi kut matanglah dia. Harap-harap manislah buahnya nanti, insya-Allah:

Anggurku nan setangkai!



Saturday, 17 May 2014

Bakawali Magenta



As-salam.

Dalam seminggu lepas apabila EM Nursery ada memaklumkan yang ada stok bunga bakawali magenta, maka Mak Aji terus tempah 2 pokok dengan harga RM15 sepokok. Mak Aji pun tidak sempat tanya atau minta ditunjukkan bagaimana rupa bunganya yang magenta itu! Mak Aji sekadar berangan-angan sahajalah! Adakah seperti foto di bawah ini?? Rasa-rasanya ya!:

 Sumber foto: http://www.theamateursdigest.com/epis.htm 
Jika anda buka laman yang terdapat pada kapsyen foto ini terdapat banyak maklumat tentang bakawali ini, cukup bermanfaat sekali untuk peminat bunga ini!

Mak Aji ingin kongsikan bunga bakawali yang ada di laman dan pernah kembang tidak lama dahulu:

Yang ini putih warnanya.
Masya-Allah cantik, kan! Tidak sabar rasanya menanti bakawali magentaku pula berbunga!!!

Berikut pokok bakawali magenta yang baru dipindahkan ke pasu - stok pasu sudah habis, kena beli pasu lagilah ni!:

Dua pokok bakawali magenta.
Ada warna merah-merah di hujung daun tu - itulah bezanya dengan daun bakawali biasa!
Semoga kedua-dua pokok hidup subur di lamanku dan bakal menghasilkan bunga yang indah berseri, insya-Allah!






Tamu di Laman Lagi

As-salam.

Pagi ini sambil Mak Aji mengalih dua pokok bakawali magenta yang dibeli dari EM Nursery dengan harga RM15 sepokok, perasanlah pulak Mak Aji akan buah-buah anggur yang gugur sebagai 'kismis' - adalah setangkai yang sudah busuk tanpa tuannya perasan lagi! Hai Pak Aji kenalah buat sesuatu dengan anggur ini - asyik tidak perasan memanjang aje!

Apabila Mak Aji mendongak ke atas pergola ke tempat asal buah anggur yang jatuh kerana busuk itu, ini pula yang kelihatan!:

Begini rupanya kelawar dari dekat ya!! Elok aja buka mata pagi tadi, mana tidurnya!
Bergantung di netting pergola.

Pergola menjadi tempat berteduhlah pula untuk sang kelawar! Ini pertama kali Mak Aji menerima tamu jenis ini di laman! Rasa geli pun ada semasa merakam foto ini, tetapi dek kehendak mahu memfotonya dengan lebih dekat Mak Aji beranikan juga! Orang kata kelawar tidur siang dan berjaga malam - Mak Aji tengok elok aja mata dia terbuka - atau tidur mata tak rapat ke?? 

Oh ya, berikut kismis yang bertaburan di bawah pergola - sayangnya hai!:

Anggur yang menjadi kismis lagi! 
Kalau namanya bukan rezeki kita, kalau sudah berada di dalam mulut pun boleh diluahkan juga ya! 




Thursday, 15 May 2014

Jus Mangga Tanam Sendiri

As-salam.

Buah mangga Mahathir tempoh hari dipetik dengan beratnya sekilo lebih. Oleh kerana buahnya dipetik terlebih awal, maka separuhnya dimakan cicah kuah rojak sahaja (sedikit masam tetapi cukup lemak sekali) dan separuh lagi dibuat jus mangga yang cukup pekat - teringat Mak Aji akan jus mangga yang sebegini semasa pertama kali menjejak kaki ke bumi Makkah. Setiap kali balik dari masjid Mak Aji pasti mahukan jus mangga - heaven in a glass!

Mak Aji lebih suka kalau diletak susu segar tetapi oleh kerana Pak Aji lebih suka tanpa susu segar, maka itulah yang dihasilkan:

Jus mangga - sedap sekali alhamdulillah!
Buah mangga Mahathir yang separuh sahaja dibuat jus pekat!
Separuh buah dapat satu jag jus mangga pekat!





Wednesday, 14 May 2014

Rumah dalam Taman

As-salam.

Beberapa bulan lalu Mak Aji pernah hadir satu majlis maulid di Janda Baik, bertempat di rumah Pak Habib, seorang penulis buku analisis politik. Tentu ramai yang kenal dengan beliau - Syed Husin Syed Alwi/S.H. ALATTAS (bapa kepada Abang Seekers). 

Dek kerana segan sebab ada majlis bersifat begitu, maka Mak Aji sempat merakam sedikit sahaja foto selepas mendapat kebenaran daripada Pak Habib sendiri. Jom layan:

Rumah Pak Habib dari hadapan.



Sukanya melihatkan kehijauan taman Pak Habib! Lihatlah betapa subur keladi tu!
Pun ada kerusi laman daripada seramik.
Pandangan dari sisi rumah. Anak sungai berada di sebelah kanan lagi.
Mak Aji dan isteri Allahyarham Baba Aziz - nak posing jugak tu!
Juga bunga apa entah?
Bunga apa entah ya.
Bunga halia bara.
Di sisi rumahnya mengalir sebatang anak sungai yang jernih - sayang pula bila ada paip air kelihatan berselirat!
Kawasan di sisi rumah - Mak Aji suka bird-bath dua tingkat itu, gaya English garden!
Isteri Allahyarham Babab Aziz dengan isteri Pak Habib.
Kelihatan Pak Habib bercakap dengan Allahyarham Baba Aziz manakala anaknya bercakap dengan Habib Soleh.
Suasana di surau bahagian lelaki.
Dari surau bahagian wanita.
Sambil mendengar tazkirah serta bacaan maulid, kami dihiburkan dengan bunyi air anak sungai yang cukup menyamankan! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...