About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 7 March 2013

Rezeki Mulberi

As-salam.

Pokok mulberi di laman ada dua, satunya yang dibeli di nurseri dan ditanam. Yang satu lagi yang tingginya berbelas kaki terdapat di sudut pagar belakang tanpa disedari sebab kawasan itu agak semak sedikit. Ngabiskan beras aja membeli pokoknya bila tahu memang dah ada pun!

Semalam Mak Aji sempat mengutip sedikit dan hari ini dikutip lagi. Esok pun masih ada lagi yang akan masak! Alhamdulillah murahnya rezeki!

Yang dipetik semalam, manis
Yang dipetik hari ini.



Wednesday, 6 March 2013

Yang Bakal Menyeri

As-salam.

Di laman ada pokok bunga yang baru keluar kudupnya yang tidak lama lagi akan mengeluarkan bunga. Antaranya bunga kesidang, bunga daun tujuh bilah warna ungu, bunga kaktus dan bunga kemboja. Jangan pula kembangnya ketika Mak Aji tiada di rumah! (ziarah anak di Surabaya dari 9-13 Mac) Ini dia:

Kesidang.
Jarum tujuh bilah warna ungu.
Kaktus baldu warna merah darah ikan.
Kemboja merah.




Alhamdulillah Siap Juga

As-salam.

Setelah beberapa hari Missing in Action, Mak Aji kembali ke blog juga, rindu pula rasanya!

Hari ini Mak Aji hendak cerita tentang arbor yang akhirnya siap juga alhamdulillah. Punyalah lama tempoh, hinggakan berminggu hendak disiapkan. Pun ada yang agak tidak sempurna - ada sikit senget - buat tidak nampak sudah! 

Ini dia, setelah ditanam kembali pokok akar dani dan pokok kesidang di kiri kanannya:

Arbor yang siap.

Semoga kedua-dua pokok elok memanjatnya walau di tengah panas!



Thursday, 28 February 2013

Tuyup Merah

As-salam.

Tidak lama dahulu Mar dari http://mountainebony.blogspot.com/ ada menunjukkan foto pepatung merah yang luar biasa. Beberapa hari lalu Mak Aji juga terpandang dan sempat merakam foto pepatung yang sama seperti di bawah:

Hujung sayapnya berwarna putih!


Bunga Betik

As-salam.

Pagi tadi untuk pertama kalinya Mak Aji melihat bunga betik dari dekat. Cantik juga, ya! Sekali pandang macam figura manusia pun ya juga.:

Bunga betik.






Bunga Pokok Buluh Jepun

As-salam.

Dari foto bunga buluh Jepun beberapa hari lalu, rupa-rupanya bunganya belum kembang sepenuhnya ketika itu. Jadi, ini pula versinya yang kembang sepenuhnya:

Cantik, bukan???



Pokok Tinggi Dalam Rumah

As-salam.

Malam tadi kami menghadiri majlis maulid di Bukit Damansara, di rumah pengerusi sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Rumahnya cukup gah tetapi yang Mak Aji lihat menarik ialah sebuah pokok besar yang ditanam di dalam sebuah pasu besar di sudut rumahnya! Ketinggiannya sekitar 20 kaki lebih! Saksikan:

Pokoknya hampir mencecah bumbung rumah dua tingkat ini!
Apabila melihatnya, kelihatan seperti daun pokok ketapang tetapi tiadalah pula dahannya bertingkat-tingkat? Entah apalah pokoknya??! Yang hairan tu, boleh pula dia hidup di dalam rumah! Teringat pula taman di dalam bangunan KLIA ataupun di sayap baru Pusat Membeli-belah One Utama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...