About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 14 May 2014

Benih Cili Solok

As-salam.

Kali akhir Mak Aji balik kampung, Mak Aji terjumpa benih cili solok di Pasar Siti Khadijah. Seronoknya sebab kalau mahu dibuat solok lada di KL mana pernah jumpa cili solok ini. Tanamnya entah bila tetapi seronok sebab benihnya sudah di tangan:

Benih Siam mari dengan harga RM3 (kalau tak silap) sepaket.
Kalau menjadi nanti mudahlah kalau mahu dibuat solok lada untuk dijadikan teman nasi kerabu ya! Mak Aji baru tahu cili jenis ini yang digelar paprika (biasa tengok tukang masak di Food Network guna serbuk paprika dalam masakan). 






Tuesday, 13 May 2014

Petua Agar Mulberi Berbuah Lebat

As-salam.

Dengan hujan setiap hari, sehari dua lagi rumput di laman perlu dipotong lagi. Walaupun begitu pokok dan tanaman di laman alhamdulillah subur. Kerja tukang kebun pun makin ringan - hanya siram untuk pokok dan tanaman yang berada di teduhan dan tidak menerima siraman hujan sahaja.

Pokok mulberi menjadi-jadi buahnya! Alhamdulillah begitu banyak sekali buahnya - sudah terbayang sirap yang lebih banyak dapat dihasilkan nanti, insya-Allah!





Untuk memastikan agar pokok mulberi berbuah lebat seperti ini, pastikan anda membuat pangkasan agar tunas baru akan muncul. Bersekali dengan tunas itu akan muncullah buahnya juga! Pangkasan juga akan memastikan bahawa pokok kekal rendah dan rendang - mudah untuk kita memetik hasilnya nanti, insya-Allah!



Taugeh dan Cili Api Putih Dimanfaatkan

As-salam.

Seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini taugeh biasanya Mak Aji buat ulam sahaja sebab rasanya rangup dan manis. Selain itu baki taugeh yang disimpan Mak Aji masak tumis dicampur dengan sedikit sayur lain. Alhamdulillah siap menu makan tengah hari yang agak simple:

Baki taugeh selepas dibuat ulam.
Sebahagian cili api putih untuk dihasilkan ayam masak lemak cili api (cili ini kurang pedas berbanding cili padi).
Taugeh masak tumis.
Ayam masak lemak cili api.
Pak Aji goreng ikan pekasam (ikan sungai - kelah agaknya) sebagai lauk sampingan. Alhamdulillah cukup berselera kami makan!





Lagi Tamu yang Tidak Diundang

As-salam.

Seusai Mak Aji menjenguk kacang panjang dan mahu masuk ke dalam rumah, Mak Aji perasan sesuatu di celah-celah pangkal pokok pagar. Menyirap darah Mak Aji - takut creepy crawly datang lagi! Ini yang Mak Aji lihat (sambil lutut terketar-ketar merakamnya!):

Nampak tidak, dia main cak dengan Mak Aji!
Tu dia sepupu sepapat dinosaur dan juga buaya (betul, kan!?).
Ha, ini dia biawak sebelum cabut lagi sebab Mak Aji sergah (takutkan biawak walhal lutut terketar-ketar!).



Ini Baru Kacang Panjangggggg!

As-salam.

Benih kacang panjang Mak Aji peroleh daripada saudara Pak Aji sudah agak lama. Pertama kali Mak Aji tanam dalam kotak polisterin dan Pak Aji siapkan para yang cukup teguh agar kacang panjang tumbuh bagai johan. Malangnya pokok kacang teruk diserang leaf-miner sehingga gagal diselamatkan. Pokok ke mana, kacang panjangnya lagilah entah ke mana!

Sekali gagal Mak Aji cuba lagi tanam kacang panjang di pasu plastik yang panjang. Apabila pokok mahu memanjat Pak Aji ajar pokok memanjat para anggur (suka sangat Pak Aji akan konsep berkongsi - Mak Aji tahu dia malas nak buat para lain, he he!). Apapun setelah pokok kacang panjang segan (agaknya) apabila kacang panjang renek berbuah, maka dia pun ikut sama berbuah. Saksikan:

Panjangnya mencecah 22.5 inci!!
Tanamnya dalam pasu sahaja!
Siapa kata anda tidak boleh berkebun jika ruang laman atau jika saiz balkoni rumah anda sempit? Kalau Mak Aji boleh tanam kacang panjang dalam pasu sahaja, tentu anda boleh juga, kan!! Jom kita bertanam!



Monday, 12 May 2014

Bikin Taugeh Lagi


As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji bikin taugeh lagi di dalam teko keluli tahan karat. Dengan segenggam kacang hijau, dapatlah hasil taugeh yang bernilai sekitar 50 sen (Mak Aji agak-agaklah). 

Taugeh bikin sendiri luar biasa sedapnya berbanding yang dibeli. Kita juga lebih yakin dengan faktor kebersihan dalam pembikinannya.:

  Ini dia taugeh yang dihasilkan! 
Teko yang menjadi bahantara cambahan taugehku.
Mak Aji buat ulam sahaja taugeh tu selain dimasak tumis yang ringkas. Alhamdulillah sedap taugeh bikinan sendiri!!

Jika anda belum pernah membikin sendiri taugeh, anda boleh lihat DI SINI.




Sunday, 11 May 2014

Apa Khabar si Anggur?

As-salam.

Pagi ini selain menjenguk bunga-bungaan, Mak Aji tidak lupa yang berjuntai di atas kepala - anggur nan setangkai!:

Anggur sudah sebesar hujung jari pada pagi ini!
Mak Aji kena balutlah buah anggur ini agar terpelihara daripada penglihatan burung dan yang sewaktu dengannya! Juga disembur neem oil agar tidak disuntik lalat buah! Semoga kau menjadi rezekiku jua, insya-Allah!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...