About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 16 February 2013

Ke Mana Hendak Kubawa?

As-salam.

Pergola cuma satu tetapi pokok yang hendak memanjatnya lebih daripada satu, ada anggur yang sudah siap memanjat sampai ke atas dan semakin sihat dan subur pulak tu! Ada pula akar dani yang setakat ini 'buat derk' sahaja kat pegola tu (tidak menunjukkan kecenderungan untuk memanjatlah tu!).  Ada pula pokok Nasir yang semakin subur dengan ke sana ke sini sibuk hendak memanjat dan ada pula pokok kesidang yang agak malu-malu di sebalik pokok Nasir yang agak agresif. 

Pak Aji ada bertanya Mak Aji tentang cara untuk 'melembutkan' sedikit laman (selepas dikonkrit laluan masuk kereta) dan Mak Aji memberitahu apa yang terbayang di benak ini. Dia diam sahaja membisu tanpa mengangguk atau menggeleng. Hai, susah juga bincang dengan menteri kewangan ini, susah untuk mendapat kelulusan projek! Karang Mak Aji pakai bajet sendiri yang tidak perlu mendapat kelulusan baru tahu, tetapi alahai keluar dari kantung sendiri - Ah, itu yang tidak syok tu!! Apapun kita lihatlah nanti perkembangan seterusnya ya!!

Kalaulah ikut kepala Mak Aji, (tidak puas cakap tu) mahu sahaja dibuat planter boxes daripada batu bata keliling kawasan konkrit itu dan di tempat yang memisahkan kawasan berkonkrit dan berumput dibuat sebuah arch sebagai pemisah kedua-dua ruang. Dan, yang paling penting arch itu akan menempatkan pokok kesidang yang bakal berbunga wangi semerbak! Berangan-angan sahajalah dahulu, mana tahu angan- angan menjadi kenyataan!!??

Pagi ini Mak Aji dengan pertolongan Boy menanam pokok kesidang terlebih dahulu meskipun tiada trellis atau mini pergola atau arch untuknya memanjat nanti (hendak paksa-rela Pak Aji buatkannya nanti - itu strategi namanya!!). Longgokan putih di kanan itu beberapa beg simen untuk projek Pak Aji yang belum selesai. Kononnya hujung arch akan terletak di tempat simen itu nanti.

Kesidang sudah ditanam, tinggal lagi kena bina tempat panjatnya nanti!
Apa kata dibuat planter boxes di sekeliling sempadan kawasan konkrit dan berumput??
Ini pula sempadan bahagian hadapan.

Ke mana lagi hendak kubawa pokok Nasir ya?? Have to sleep on it! Mana tau timbul pula idea dalam bentuk mimpi??





13 comments:

  1. Salam Mak Aji..luas kawasan tu...insyaallah ada penyelesaiannya... paksa rela Pak Aji tu he he..

    ReplyDelete
  2. Salam Mar,

    Itulah pasal, susah sikit nak dapat dia rela tanpa di'paksa'! Satu lagi strategi, bila dia tiada di rumah beberapa hari waktu itulah Mak Aji buat mcm2 projek. Dia balik je, dah siap, x kata apa dia, dah siap, he he!! Licik, licik!

    ReplyDelete
  3. seronoknya ada laman yg luas..saya ni semua sumbat dalam pasu ja-cempaka,kesidang,melati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Tak seluas mana pun. Habis bila memanjat mcm mana ya? Sandar kat dinding atau tiang ke?

      Delete
  4. Hello Ummu Madihah!

    I so envy you those beautiful palm trees in your garden! In Poland we can grow some of them indoors only. They look beautiful and so exotic from my point of view :)
    Greetings and have a nice weekend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dewberry,

      The palm trees are coconut trees of the not-so-tall variety, planted for shade and also for the coconuts. The trees are very common here and I can understand how you consider it exotic! Greetings too from sunny Malaysia.

      Delete
  5. Pokok kesidang dan Nasir pun kakak tak tahu tapi kelihatan macam tak perlu trellis sebab macam pokok bunga raya je kakak tengok. Kalau kawasan halaman luas macam-macam boleh buat. Kakak suka tengok.

    ReplyDelete
  6. Salam Kakzie,

    Saya pernah tanam kesidang dan biarkan dia memanjat ke atas rumah burung, dia menjalar subur hingga nak naik ke atas bumbung dapur! Pun dapur sy wangi bila berbunga! Pokok Nasir pernah sy tengok di porch org, diikat di bawh bumbung porch depan, disepanjang porch itu dan bunganya penuh, cantik! Kawasan nak kena lapangkan juga, senang nak pasang khemah - empat lagi anak belum kahwin!

    ReplyDelete
  7. Macam-macam boleh tanam luas kawasan ni. Dekat pergola kami ni saya pun tak tahu mana satu dasar pokok-pokok masing-masing yang ada bergayut. Mak Aji bila kita nak bertemu ya. Ada masa mak Aji PM lah Diana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Dah jumpa pun kita tadi, baru sempat Mak Aji jawab ni. Cantik pergola Diana yang penuh dengan pokok menjalar, sejuk dan nyaman. Laman juga cukup matured, cantik! Sibuk berborak tidak sedar masa berlalu dan tidak sempat jenguk kebun kat belakang. Insya-Allah lain kali je, kita kan dekat je, jarak dlm 10, 15 minit berkereta!

      Delete
  8. Salam Diana,

    Baru sempat jawab, kita dah jumpa pun! Seronok berborak tidak sedar masa berlalu. Juga seronok tengok laman yang sudah matured, sejuk dan nyaman. Sayang tidak dapat borak lama2. Insya-Allah nanti Diana datang ke rumah pula ya! Lain kali ke sana nak lawat kebun belakang pula ya!

    ReplyDelete
  9. Salam mak aji,

    Besarnya kawasan rumah mak aji. mcm2 boleh di kerjakan. Perlu keringat lebih ni nk mengarden kawasan besar macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Tak luas mana, bolehlah tanam serba sedikit, cuma sebelum tanam apa2 kena dapat approval dulu dpd the big boss (kecuali kalau tanam bila dia takde, tau2 dah tanam, he he!). Itu yg kalau bab mencangkul kena minta bantuan Pak Aji atau anak bujang, pinggang Mak Aji larang buat kerja tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...