About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 15 February 2013

Tumpang Semangat Jiran Sebelah

As-salam. 

Tanah jiran sebelah tidak berpenghuni. Sebaliknya didirikan dua bangsal yang kelihatannya menempatkan usaha menanam cendawan. Malangnya bagi kami tanah tersebut terbiar dan dipenuhi semak samun. Yang paling ditakuti haiwan menjalar dari tanah itu menjalar ke laman kami pula, selisih malaikat 44! 

Alhamdulillah sejak tiga hari lepas kelihatan sekumpulan Bangla membersihkan kawasan tersebut! Hati lega tidak terkata! 

Apabila kawasan tanah sebelah sudah mula bersih, ada pula orang yang terasa sebab kawasan lamannya pula yang kelihatan dipenuhi rumput panjang! Siapa lagi kalau bukan Pak Aji! Lantas, keluarlah mesin rumput dan usaha memesin rumput bermula. Maka bersihlah laman seperti di bawah!

Laman hadapan rumah yang siap dipotong rumputnya.
Kawasan tanah jiran sebelah (di tempat sampah dibakar) yang dibersihkan jua akhirnya, alhamdulillah!!



2 comments:

  1. Salam makji...
    bagslah tuh kurang2 mnaikkan semangat pakji nak cantikkan lamannya jgk./heheheh...rumah jiran kita masih bertambah hutannya...huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Salam Ummuaidan,

    Mak Aji sebenarnya takut benda yg menjalar tu, kalau biawak tu biasalah melintas masuk laman, in fact, jiran kami biawak masuk sampai ke dalam rumah sbb pintu terbuka (juga tanah bersempadan dengan tanah ini!) Sorang lg jiran sebut ada terlihat babi hutan sekeluarga yang terkejut dek mercun semasa raya puasa hari tu (kat kawasan rumah kami!) Kat sana ada ular tak?? Takut kan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...