About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 6 August 2013

Pepatung Berposing

As-salam.

Suasana semakin sunyi, bunyi kenderaan juga semakin kurang. Hampir semua orang sudah balik berayalah tu! Terasa juga sedih di hati sebab pada tahun ini kami tidak balik lagi beraya di kampung, seperti juga pada tahun lepas. Insya-Allah selepas raya nanti kami akan balik juga. Pada ketika itu tiadalah lagi kesesakan tahap gaban seperti yang dialami detik ini! Sebenarnya kami sudah pun balik kampung sebelum puasa tempoh hari. Walau apapun balik kampung semasa raya lainlah rayanya kan!! 

Ok, ok, kita tukar topiklah ya, jangan off-topic lagi!

Pagi ini semasa membelai dan menyiram pokok, terpandang pula Mak Aji akan pepatung ini yang elok bertenggek di pokok kaktus nan satu ini. Mak Aji masuk ke dalam rumah untuk mengambil kamera, ia masih di situ, hinggalah selesai Mak Aji ambil seberapa banyak shot yang Mak Aji mahu! Elok sahaja dia berposing walau muncung lensa cuma seinci dua dari badannya!! Apa lagi, beraya sakanlah ahli fotografi profesional ini!!








8 comments:

  1. Salam makji,
    cantinya pepatung tuh makji tangkap..mmg clear sangat..
    jangn sedih tak bali kg, aleesya kan ade sbg penyeri raya nie..heheh..takper balik selepas raya pun jdlah...
    selamat hari raya makji, mintak maaf kalau tersalah kata selama bersahabat maya nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang rezeki betul, pepatung tu macam serah diri je, he he!

      Delete
  2. Cantiknya pepatung n pokok bunga kaktus tu!jangan bersedih ya.selamat hari raya...maaf zahir batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Pepatung pun suka jugak kaktus pelbagai warna tu ya. Tak sedih dah, ok je! Salam raya juga dan maaf zahir batin.

      Delete
  3. Assalam Mak Aji..mungkin bunga kuning tu sama dgn kaler pepatung menyebabkan dia merasakan dirinya selamat..camouflage power tu.. kat sini ada pepatung warna biru.. tapi liar sangat susah nak capture.. rezeki Mak Aji kan! Saya nak cari cactus bunga biru la cam ni.. nak tarik pepatung biru he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Yelah agaknya Mar, tak terfikirlah pulak ya! Ya, memang rezeki betul! He he good lucklah Mar dalam usaha mencari kaktus biru tu! Belum pernah Mak Aji tengok yang kaler biru ni, jadi bila dapat capture jangan lupa share ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...