About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 12 February 2014

Buah Mangga Mahathir Akhirnya Dituai

As-salam.

Dalam cuaca panas sejak seminggu dua ini, kerja menyiram pokok perlu dilaksanakan pagi-pagi lagi sebelum matahari terik. Kalau sudah terik dan kerja menyiram dibuat, alamat migraine akan bertamu! Di sebelah petang pula apabila matahari agak-agak sudah kurang terik barulah Mak Aji keluar lagi untuk menyiram. 

Beberapa hari lepas Pak Aji memetik buah mangga Mahathir - sudah merekah buahnya - kata Pak Aji dek kerana terik matahari - entah ya entah tidak?? Mak Aji meminta Pak Aji membalut buahnya agar lalat buah tidak menghinggap. Pak Aji memberi alasan - tak payah dibalut,  buahnya sudah hampir masak pun! Apapun ini buahnya!:

Ini dia buahnya!
Beratnya 1.4 kg!
Perbandingan saiz buahnya dengan sarung kamera Mak Aji.
Cukup besar hinggakan kerja mengopeknya agak sukar!
Alhamdulillah dapatlah sepinggan besar isinya! 
Cuma Mak Aji sedikit kesal buah ini terpaksa dipetik lebih awal dan tidak dapat diperam agar masak sebab kulitnya sudah merekah dan terdapat juga kesan lalat buah padanya. Sebahagian isinya terpaksa dibuang kerana sudah ada ulatnya.

Apabila buahnya tidak cukup masak, rasanya sedikit masam manis serta lemak. Kalaulah betul-betul masak insya-Allah cukup manis! Tidak mengapalah setakat itu sahajalah rezeki kami sekeluarga!



14 comments:

  1. salam makji,
    ah dah masak mangga mahathir nie yer..besarnya...mmg kalau petik aal sket peram bg manis akan jadi lebih manis sket kang..takper tunggu ygkemudian lak inshaallah kalau ade rezki dpt merasa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Alhamdulillah walau tak cukup masak sudah dipetik. Hajat hati naklah peram tapi dek kerana dah merekah takut busuklah pulak. Memang mangga terbesar yang pernah kami tanam. Insya-Allah akan merasa lagi sebab pokoknya sedang berbuah semakin lebat lagi berbanding pertama kali dulu!

      Delete
  2. Salam Mak Aji,
    Bertuah Mak Aji, buah manga dah pun masak. Pokok manga saya berbuah pun tidak, cantas dahan dah dua kali, bayang bunga pun tak nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Alhamdulillah dapatlah merasa hasilnya walau belum cukup masak - sedikit masam manis, sedap dimakan dengan kuah rojak. Mak Aji pun ada lagi sepokok, nampak gaya macam pokok jenis besar ni juga, pun belum mahu berbunga lagi. Pun sudah cantas, mungkin tak cukup cantas kut. Sama keslah kut dengan Rose??

      Delete
  3. salam
    best nye....besar buah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam me.ronazil.ab,

      Alhamdulillah saiz memang besar, cukup untuk kenduri cicah kuah rojak kami sekeluarga!

      Delete
  4. Replies
    1. Salam BUNDA,

      Alhamdulillah memang puas makan. Saiznya cukup besar sampai nak kopek pun payah sikit!

      Delete
  5. Salam Mak Aji..
    itulah kan ... tak rugi berbakti pada tanah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Chik Att,

      Alhamdulillah memang betul tu! Seronok apabila keringat kita berbalas dengan hasil yang diperoleh!

      Delete
  6. Assalammualaikum mak Aji
    hampir stengah kg.wow..alhamdulillah..tak apa buah kali kedua nanti mesti akan lebih baik tapi kena bungkus kut untuk elak lalat buah makan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Hampir satu setengah kg Puteri! Insya-Allah selepas ni memang tak boleh tidak kena bungkus agar buahnya elok!

      Delete
  7. Tu dia... besaqnya. Alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bangchik and Kakdah,

      Alhamdulillah. There's more where that came from! Pokok berbunga lebat lagi dan insya-Allah hasilnya akan lebih daripada sebiji nanti!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...