About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 20 February 2014

Pokok Mangga Mahathir Lagi

As-salam.

Setelah pokok mangga Mahathir berbuah sulung tempoh hari, Pak Aji membuat pangkasan lagi. Baja tahi ayam ditaruh dan siraman juga dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari. Alhamdulillah hasilnya - banyak ranting yang menghasilkan pucuk baru dan bunga! 

Pokok berbunga, berbunga juga hati Mak Aji!
Kelopak bunganya pink! Nampak tidak buah kecil tu?!

Pokok mangga Mahathir.
Selain pokok besar ini, kami ada lagi satu anak pokok pemberian kakak Mak Aji. Alhamdulillah subur pokoknya:

Anak pokok mangga Mahathir.
Semoga kedua-dua pokok akan memberi hasil lumayan, bolehlah dikongsi-kongsi rezekinya nanti, insya-Allah!




4 comments:

  1. kalau tgk pada bunganya..harap2 buahnya pun lebat jugak la ya mak aji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Insya-Allah Kam, itulah harapan kami!

      Delete
  2. salam makji
    tgk pokok cam sama besar ngan yg kat umah nie,,nak kena buat pangkasan yer baru cepat berbunga...nak try jugaklah makji..biarlah dpt merasa mangga ygsytanam ttuh sblm balik tanah malaya...inshaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Ya, itu yang Pak Aji buat, biat agak clear agar masuk angin kat celah2 dahannya tu. Pastu boh baja buah. Alhamdulillah berhasil. Semua pokok mangga sekarang berbunga kecuali 2. Satunya mungkin sakit sebab dulu ada bena putih (sekarang kurang sihat) dan satu lagi memang jenis degil sikit, pokoknya kecil sedikit drp yg ni tapi tak pernah mahu berbuah. Moga beroleh hasil sebelum kembali ke tanah Malaya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...