About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 17 May 2014

Bakawali Magenta



As-salam.

Dalam seminggu lepas apabila EM Nursery ada memaklumkan yang ada stok bunga bakawali magenta, maka Mak Aji terus tempah 2 pokok dengan harga RM15 sepokok. Mak Aji pun tidak sempat tanya atau minta ditunjukkan bagaimana rupa bunganya yang magenta itu! Mak Aji sekadar berangan-angan sahajalah! Adakah seperti foto di bawah ini?? Rasa-rasanya ya!:

 Sumber foto: http://www.theamateursdigest.com/epis.htm 
Jika anda buka laman yang terdapat pada kapsyen foto ini terdapat banyak maklumat tentang bakawali ini, cukup bermanfaat sekali untuk peminat bunga ini!

Mak Aji ingin kongsikan bunga bakawali yang ada di laman dan pernah kembang tidak lama dahulu:

Yang ini putih warnanya.
Masya-Allah cantik, kan! Tidak sabar rasanya menanti bakawali magentaku pula berbunga!!!

Berikut pokok bakawali magenta yang baru dipindahkan ke pasu - stok pasu sudah habis, kena beli pasu lagilah ni!:

Dua pokok bakawali magenta.
Ada warna merah-merah di hujung daun tu - itulah bezanya dengan daun bakawali biasa!
Semoga kedua-dua pokok hidup subur di lamanku dan bakal menghasilkan bunga yang indah berseri, insya-Allah!






10 comments:

  1. MasyaAllah....comei nyo mak aji, bakawali puteh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang comey bunga tu. Foto lama tu sebenarnya. Kelopak pertama yang kembang di rumah lama, sekitar 12 tahun dulu! Yang kembang di rumah sekarang pun ada jika ada cari bunga bakawali.

      Delete
  2. EM Nursery tu kt mana, ada detail alamatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      EM Nursery tu di Kuantan. Mak Aji beli online sahaja, mereka boleh pos, cuma kena bayar belanja pos sahajalah. Nurul boleh cari EM Nursery di FB. Disitu ada alamat serta peta lokasinya.

      Delete
    2. terima kasih..
      saya dah dapat.

      Delete
    3. Terima Kasih share info. Saya tengah cari pokok ini untuk selamatkan dari sakit Hyperthyroidism

      Delete
  3. Salam sy nak mencari bunga bakawali warna merah jambu di mana bole sy dapat?

    ReplyDelete
  4. Salam sy nak mencari bunga bakawali warna merah jambu di mana bole sy dapat?

    ReplyDelete
  5. Assalam.
    saya nak cari pokok bunga bakawali warna merah jambu.
    kat mana boleh saya cari dan beli.
    sebab saya perlukan pokok tu untuk tujuan merawat penyakit saya.
    saya mohon sangat2 untuk dapatkan pokok tu.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikom.. Tuan.. Pokok bakawali merah kan awak punya.. Ada tak bunganya dan benih yg boleh saya beli... Nie no sy 0102968242

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...