About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 2 May 2014

Bikin Kompos Cara Mudah

As-salam.

Pada tengah hari tadi Mak Aji menyinggah ke nurseri Sungai Buloh untuk mencari pasu besar dan juga pokok mangga telur (gara-gara selepas memasak kari ikan mangga telur tempoh hari -  DI SINI) dan juga pokok gajus. Tentu sahaja juga untuk menjamu mata dengan pelbagai jenis pokok bunga dan yang seumpamanya! 

Alhamdulillah 3 pasu besar berjaya dibeli dengan harga yang agak berpatutan (RM20 setiap satu) dan pokok gajus serta mangga telur dengan harga RM23.00 (lepas ni mudahlah Mak Aji nak mengari ikan!!). 

Selesai dengan pembelian tersebut, Mak Aji menyinggah ke nurseri kegemaran Mak Aji - pasti ada sesuatu yang menarik di situ setiap kali berkunjung - ini dia!:

Ini dia composter yang boleh menghasilkan kompos dengan mudah dalam tempoh 2 bulan!
Kalau anda berminat, harganya RM150.00 satu! Satu lagi barang menarik di situ ialah vegetable bed yang siap yang diperbuat daripada keluli tahan karat dengan harga RM250.00:

Instant vegetable bed! Pakai bubuh tanah aje!
Dengan harga yang ratusan itu, Mak Aji kirim salam sahajalah! Sekadar menjenguk sahaja. Kompos Mak Aji (dalam pembikinan) cuma menggunakan tong styrofoam sahaja yang harganya tidak pun sampai RM10!!

Apapun berikut hasil 'pancingan' Mak Aji pada hari ini:

Pokok gajus dan pokok mangga telur.
3 pasu besar untuk projek baikk punya! Tunggukan ya!
Teringin Mak Aji akan para seperti ini!:

Entah apa pokok yang bakal di'kerjakan' seperti ini, kita nantikan ya!!!
Excited dah ni!



2 comments:

  1. Terbesar2 anak mata tgk entri ni mak aji...tapi erm mahal nya...sy pun tgh berangan ni nak buat projek mcm rumah salon berkenan jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Bila Mak Aji tanya harga penjual tu jawab dan Mak Aji dengar RM50! Rupa-rupanya bukan RM50 tetapi RM250 - dengar yang hujung sahaja! Katanya pasu sahaja sudah RM80 harganya, apalagi dengan kerangka besi dan paip yang dipasang itu! He he, jom kita buat rumah dalam taman!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...