About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 13 May 2014

Petua Agar Mulberi Berbuah Lebat

As-salam.

Dengan hujan setiap hari, sehari dua lagi rumput di laman perlu dipotong lagi. Walaupun begitu pokok dan tanaman di laman alhamdulillah subur. Kerja tukang kebun pun makin ringan - hanya siram untuk pokok dan tanaman yang berada di teduhan dan tidak menerima siraman hujan sahaja.

Pokok mulberi menjadi-jadi buahnya! Alhamdulillah begitu banyak sekali buahnya - sudah terbayang sirap yang lebih banyak dapat dihasilkan nanti, insya-Allah!





Untuk memastikan agar pokok mulberi berbuah lebat seperti ini, pastikan anda membuat pangkasan agar tunas baru akan muncul. Bersekali dengan tunas itu akan muncullah buahnya juga! Pangkasan juga akan memastikan bahawa pokok kekal rendah dan rendang - mudah untuk kita memetik hasilnya nanti, insya-Allah!



4 comments:

  1. Salam Mak aji....banyak tu hasil nanti...yang kt umah ni pun lepas pangkas..tumbuh la buah 4-5 biji...setakat buat makan terus masuk mulut boleh lah...nak buat air atau jem tak lepas lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Insya-Allah nampak banyak on the way ni. Kalau sikit payah sikitlah nak disirap, kena tunggu lebih banyak lagi. Insya-Allah kena tunggu pokok besar sikitlah kut.

      Delete
  2. geram tgk pucuk mulberry segar tu....buat masak tumis air sedap tu mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Itulah dah beberapa orang sebut pucuk tu dibuat ulam dan dibuat tumis air, belum buat je lagi. Agaknya kalau boh ubi keledek sekali sedap jugak, kan!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...