About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 14 May 2014

Rumah dalam Taman

As-salam.

Beberapa bulan lalu Mak Aji pernah hadir satu majlis maulid di Janda Baik, bertempat di rumah Pak Habib, seorang penulis buku analisis politik. Tentu ramai yang kenal dengan beliau - Syed Husin Syed Alwi/S.H. ALATTAS (bapa kepada Abang Seekers). 

Dek kerana segan sebab ada majlis bersifat begitu, maka Mak Aji sempat merakam sedikit sahaja foto selepas mendapat kebenaran daripada Pak Habib sendiri. Jom layan:

Rumah Pak Habib dari hadapan.



Sukanya melihatkan kehijauan taman Pak Habib! Lihatlah betapa subur keladi tu!
Pun ada kerusi laman daripada seramik.
Pandangan dari sisi rumah. Anak sungai berada di sebelah kanan lagi.
Mak Aji dan isteri Allahyarham Baba Aziz - nak posing jugak tu!
Juga bunga apa entah?
Bunga apa entah ya.
Bunga halia bara.
Di sisi rumahnya mengalir sebatang anak sungai yang jernih - sayang pula bila ada paip air kelihatan berselirat!
Kawasan di sisi rumah - Mak Aji suka bird-bath dua tingkat itu, gaya English garden!
Isteri Allahyarham Babab Aziz dengan isteri Pak Habib.
Kelihatan Pak Habib bercakap dengan Allahyarham Baba Aziz manakala anaknya bercakap dengan Habib Soleh.
Suasana di surau bahagian lelaki.
Dari surau bahagian wanita.
Sambil mendengar tazkirah serta bacaan maulid, kami dihiburkan dengan bunyi air anak sungai yang cukup menyamankan! 





12 comments:

  1. Replies
    1. Salam Dini,

      Reka bentuk rumahnya memang unik. Lamannya pula dihasilkan sendiri oleh tuannya, very personalised, tak macam yg pakai landscape artist.

      Delete
  2. Kalau ada duit dan pandai menyusun atur akan dapat rumah idaman macam ini MakAji. Memang cantik dan nyaman kelihatannya. Buat kakak ni untuk mencapainya memang jauh panggang dari api. Moga dpt nikmat yg lebih di akhirat itu doa kakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Sebenarnya rumah asalnya rumah kecil sahaja dan semakin berkembang mengikut masa, di tambah sedikit2 ikut keperluan. Itu kata2 isteri Pak Habib. Yalah rezeki masing2, semuanya ketentuan-Nya jua. Mak Aji juga doakan yang sama untuk diri ini. Semua yg di sini sementara jua manakala yg di sana itulah yang kekal selamanya!

      Delete
  3. salam mak aji;
    nampak tenang dan nyaman...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang nyaman. Semasa kat surau sambil memasang telinga mengikuti majlis sempat menjeling kat anak sungai dan berangan kalau dapat berendam dalam sungai tu - lama betul tak cepak cepung dalam sungai macam tu!

      Delete
  4. Assalammualaikum mak aji...

    bestnyer duduk rumah dlm taman camtu..tenang... segar dan hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Juls,

      Memang damai dan nyaman di situ. Udara pun bersih dan suhunya nyaman aje! Cuma kalau putus gula ke tepung ke, memang kena drive jauhlah nak beli!

      Delete
    2. bila putus bekalan..nak dptkan stok balik kene beli byk22..heheh

      Delete
    3. Betul tu, perlu sentiasa ada stok barang dapur, pun kena ada mesin kelapa sendiri (kalau tak nak santan dlm kotak)! Macam kedai runcit mini, he he!

      Delete
  5. Cantik dan unik...suka dengan susunan batu sungai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji diberitahu Pak Habib sendiri yang membikinnya sikit demi sedikit, itu yang unik tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...