About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 14 September 2014

Tepus Wangi dan Asparagus

As-salam.

Petang semalam Mak Aji mendapat tambahan kepada koleksi herba daripada Diana KBB - Tepus wangi yang pernah disebut oleh Diana dari blog Kebun Bahagia Bersama DI SINI dan juga Ibu Qistina DI SINI. Mak Aji mahukan tepus wangi untuk kegunaan anak menantu serta cucu Mak Aji yang agak kurang sihat dengan batuk selsema yang mengganggu tidur mereka. Tepus wangi juga dikatakan boleh dibuat air rebusan untuk mengalami suasana spa apabila dibuat air mandian! Lihat apa yang Mak Aji dapat semalam:

Tepus wangi - yang di dalam plastik untuk dibuat air mandian.
Ini pula bunga tepus wangi yang kembang di pangkal pokok!

Selain tepus wangi Mak Aji juga dapatkan benih asparagus - cemburu melihatkan rakan-rakan FB menanam asparagus. Mak Aji juga dimaklumkan bahawa pucuknya juga boleh dimakan! 


Benih asparagus Connover Colossal.

Berikut rupa asparagus connover colossal, memang colossal saiznya!:

Inilah yang diidamkan agar dapat dihasilkan nanti, insya-Allah!!
Sumber fotowww.imagejuicy.com

Jom tanam asparagus pula! Tumis mudah-mudah taruh udang segar sedap tu (macam yang dimasak di kedai tomyam tu)!



2 comments:

  1. Assalam Mak aji,

    bestnya ada stok tepus wangi. mmg betul la mak aji....bila kita rebus tepus wangi ni air rebusan tu bau wangi mcm air mandian spa. saya buat untuk anak saya.sekali dengan saya teringin nak mandi. bau dia menenangkan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Maka Aji belum try lagi ni. Asyik terbantut dek tak sihat hari tu. Nak kena buat ni untuk Aleesya dan juga untuk neneknya juga, he he!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...