About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 10 April 2015

Lamanku Edisi Jumaat

As-salam.

Alhamdulillah kita ditemukan lagi pada hari Jumaat penghulu segala hari!

Hari ini Mak Aji menunggu kunjungan seorang pelajar yang mahukan akar hempedu bumi untuk kajiannya. Terlewat katanya. Tidak apa-apa, pada hari ini Mak Aji tiada apa program selain harus mencari bahan untuk masak kek/buah tangan untuk majlis hari jadi cucu Mak Aji, Mikhail Zahrin yang pertama esok! Sekejap sahaja sudah setahun cucuku! Mak Aji selit foto dia ya:

Mikhail dengan abahnya, Zhafran (anak Mak Aji nombor 3).

Esok Zhafran buat makan-makan keluarga di rumahnya sempena hari ulang tahun pertama Mikhail. Nanti Mak Aji update di www.ummumadihah898.blogspot.com.

Ok kembali kepada cerita sebenar. Mak Aji kongsikan beberapa bunga yang menyeri laman pada hari yang penuh berkat ini:

Australian gold vine.
Bunganya menghiasi para yang disediakan.
Bunga Nasir/trumpet menyeri pergola.
Bunga telang yang belum dipetik - akan dimanfaatkan untuk nasi kerabu biru bagi makan-makan esok petang.
Cuba teka pokok pakis apakah ini!? Pucuk miding! 

Lihatkan pucuk miding yang tumbuh sendiri dalam pasu pokok hoya sehinggakan hoya hidup segan mati tak mahu. Apa lagilah nak berbunga! Mak Aji ni kalau lihat pucuk miding teringat bubur lambuk! Macamlah sebanyak ini pucuk miding boleh dibuat bubur lambuk! Jadi, nak kena korbankanlah pucuk miding ini! Boleh dipindah tanam ke lain tempat ke?? Kena jenguk-jenguk tempat baru, manalah tahu boleh membiak pulak miding ni sehingga cukup untuk buat bubur lambuk??? 


Pokok melur Jawa pada pagi ini - alhamdulillah cukup segar bugar
 (adalah daunnya dimakan ulat ke apa - rongak sedikit!)

Moga tidak lama lagi keluarlah bunga melur Jawa yang cukup menawan hati tu! Insya-Allah! 


Kurang pasti Mak Aji apa nama pokok ni. Bila bahagian tengah-tengahmya tu berwarna merah, memang cantik pokok ni. Sayangnya merah entah ke mana, yang ada hijaunya sahaja. 

Sekian laporan daripada Mak Aji dari Sungai Pelong, Sungai Buloh untuk blog Greenfingers898! (wartawan tidak bertauliah!)




5 comments:

  1. Everything looks so lush and green. Your grand baby is so cute. Is that your son?
    Enjoy your weekend.
    Mary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mary!

      Yes, it's always lush and green here all year long in the tropics! Thank you Mary. Yes, he's my third child and second son. Enjoy the holiday (Labor Day) - took such a long time for me to reply cos I've been away taking care of my first daughter (and her baby) during her confinement (5th grandchild!).

      Delete
  2. Cepatnya cucu Mak Aji besar ya, kali terakhir tengok masa datang rumah kecil lagi.
    Yang gambar akhir tu macam adik beradik bromeliad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Ya, dah besar Mikhailnya, dah nak dapat adik bulan September nanti. Ikut scan yang dibuat, baby girl nanti, insya-Allah! Seronok Mak Aji kalau betul2 girl!! Yalah bromeliad, Diana sebut baru teringat balik namanya tu. Asyik lupa Mak Aji ni - almaklumlah dah senja ni!

      Delete
  3. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

    Rerama hijau
    Stevia
    Halia bara
    Lempoyang
    Turi
    Ulam raja
    Sambung nyawa
    Tenggek burung
    Belalai gajah
    Turi
    Pokok2 buah
    DAN BANYAK LAGI

    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )

    Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
    hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0123106846 -Faizal @
    0122440099 -Azizi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...