As-salam.
Pada tengah hari tadi Mak Aji menyinggah di nurseri yang hampir dengan rumah untuk membeli tanah lagi (cepat betul habisnya!) untuk projek tanaman seterusnya. Mak Aji saja-saja tanya tentang pokok bunga hoya seperti yang dimiliki SmRose di sini, rupa-rupanya pokok itu ada dijual tetapi yang ada cuma sejenis/ satu warna sahaja. Harganya RM15 sepokok. Mak Aji terus ambil sahaja, selain sepokok lagi juga pokok gantung, iaitu yang berbunga kuning (harganya RM10 sepokok), entah apalah namanya!:













