About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 12 June 2013

Bunga dalam Bunga

As-salam.

Pada tengah hari tadi Mak Aji menyinggah di nurseri yang hampir dengan rumah untuk membeli tanah lagi (cepat betul habisnya!) untuk projek tanaman seterusnya. Mak Aji saja-saja tanya tentang pokok bunga hoya seperti yang dimiliki SmRose di sini,  rupa-rupanya pokok itu ada dijual tetapi yang ada cuma sejenis/ satu warna sahaja. Harganya RM15 sepokok. Mak Aji terus ambil sahaja, selain sepokok lagi juga pokok gantung, iaitu yang berbunga kuning (harganya RM10 sepokok), entah apalah namanya!:

Bunga dalam bunga - bunga hoya! Suka, suka, suka!!
Ini pokoknya dengan beberapa gugus bunga.
Kuningnya cukup meriah, menceriakan suasana!
Entah apo eh namo ekau??

Monday, 10 June 2013

Nasib Cili Ungu

As-salam.

Pokok cili ungu menerima nasib yang kurang baik - pokoknya berbunga sudah banyak kali tetapi setakat ini masih belum mengeluarkan buah walau sebiji! Lihatlah apa yang terjadi kepadanya:

Semut hitam besar menjadikannya tempat bertelur! Kelihatan juga seumpama hama putih, benakah itu??

Setakat ini Mak Aji belumlah dibuat apa-apa sekadar memerhati sahaja. 


Belanda Rupanya Engkau Ya!


As-salam.

Pokok ginseng Jawa yang ada di rumah tumbuh sendiri di pasu yang penghuni sebenarnya pokok puding. Alih-alih pokok ginseng Jawa yang segar-bugar dan pokok puding tewas menyembah bumi! Terlintas pula istilah Belanda di kotak fikiran Mak Aji! Ini dia Belanda itu!:

Siap kau, nanti kuulam!

Catatan: Yang terang menyala tu bunga kertas ya, bukan bunga ginseng Jawa!




Bunga Daun Tujuh Bilah Versi Ungu

As-salam.

Pokok daun tujuh bilah yang bunganya ungu Mak Aji alihkan ke tempat lain yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Pokoknya lebih subur berbanding sebelumnya iaitu di bawah teduhan pergola. Dua rantingnya sudah mengeluarkan kelompok bunga dan ini salah satunya:

Kali ini saiz bunganya lebih besar berbanding sebelum ini.

Bunga tujuh bilah vesi oren pula sedang tumbuh kudupnya dalam kuantiti yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini. Mak Aji cuma tanam di pasu sebab mudah sedikit dijaga agar tidak terlanggar dek cucu-cucu yang berlari-lari di laman. Mak Aji pernah melihat pokok ini yang cukup besar dan subur jika ditanam di tanah.




Saturday, 1 June 2013

Hydrangeasku

As-salam.

Selain bendi berbuah sulung cukup seronok Mak Aji pada pagi ini apabila melihat satu-satunya pokok bunga hydrangeas mula berbunga - semacam putus asa sudah Mak Aji menunggunya berbunga. Alhamdulillah berbunga juga dia akhirnya walau daunnya berpenyakit - ada tompokan berwarna coklat pada daun-daunnya! 

Entah apa warna sebenarnya - ungu kebiruan??
Tompokan berwarna coklat pada daun-daunnya.
Walau sakit tetap berbunga!
Kawan-kawan pernah mengalami pokok yang sakit begini?? Boleh bantu??

Foto hydrangeas terkini (10 Jun 2013).

Bendi Berbuah Sulung

As-salam.

Alhamdulillah pokok bendi yang ditanam dalam polibeg besar menggunakan benih pemberian saudara dari kampung tempoh hari sudah mula berputik buah sulung! Kalau sudah seronok sangat, buah pun kelihatan cantik! Lihatlah:

Buah bendi sulung!
Kalau dimasak kari dengan  ikan style mamak insya-Allah sedap ni!!

Buku Tanaman

As-salam.

Semasa ke KL sehari dua lepas kami mengunjungi sebuah kedai buku yang banyak menjual buku terutama kitab agama dari Indonesia di Wisma Yakin. Selepas memesan buku yang tidak cukup stoknya, Pak Aji menghulur sebuah buku kepada Mak Aji semasa Mak Aji ingin membayar buku yang sudahpun Mak Aji pilih. Ini kedua-duanya, satu yang dipilih sendiri dan satu lagi pilihan Pak Aji -"Awak kan suka ni!" :

Kiri - pilihan Pak Aji, yang kanan pilihan Mak Aji - satu kepala rupa2nya ya!

Insya-Allah akan ada banyak maklumat daripada kedua-dua buah buku ini yang bakal dikongsi dengan kawan-kawan ya! Nantikan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...