About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 20 June 2013

Betik Masak Ranum

As-salam.

Pokok betik di sudut hujung hadapan rumah sudah dibuat som tham tempoh hari semasa masih mengkal. Itu merupakan betik sulung daripada pokok berkenaan - khusus untuk melayan menantu Mak Aji yang mengandung sulung, selain kami yang lain yang menumpang sekaki. Dua hari lepas Pak Aji memetik betik yang masak pula. Semalam betik cukup masak dan kami menikmati betik yang masak ranum pula. 

Kata-kata pertama yang diucapkan setelah menikmatinya - "Ini baru betik!" (seolah-olahnya betik yang dibeli bukan sebenar-benar betik, he he!) Mahu tidaknya, betik yang ditanam sendiri boleh ditunggu sehingga betul-betul matang baru dipetik sementara betik yang terjual sudah dipetik jauh lebih awal. Hasilnya betik tanam sendiri cukup manis sementara betik yang dijual agak tawar heber! 

Ini baru betikk!!! Manis leting!
Catatan: Untuk maklumat mereka yang kurang biasa dengan loghat Kelantan, perkataan heber dan leting merupakan kata yang menegaskan betapa tawar dan betapa manisnya betik ini! 


Monday, 17 June 2013

Update Tomato Ceri Full House dan Salad Cina

As-salam.

Mak Aji semai semua benih tomato ceri Full House dan salad cina yang dibeli dengan En. Iskandar dari blog TanamSendiri. Hasilnya setakat hari ini, hampir kesemuanya bercambah dan inilah rupanya (setelah beberapa anak benih tomato diberi kepada adik ipar yang tinggal di Cameron Highlands):

Anak tomato.
Anak salad cina.
Kata Diana (KBB), satu kotak styrofoam hanya cukup untuk satu anak pokok tomato sahaja sebab pokoknya besar. Juga perlu dibuat pancang sebab pokoknya memanjat! Kotak styrofoam yang Mak Aji dapat (percuma sebab sudah terpakai dari kedai runcit - seronok bagaikan dapat hadiah!!) cuma empat sahaja! Perlukah kukecek lagi adik tauke kedai runcit itu lagi?? Malunya tetapi mahu! Ini kotak-kotaknya:

'Hasil tangkapan' (istilah yang digunakan suami Diana!) Mak Aji dari kedai runcit!

Walaupun rumahku bagai kedai runcit yang menjual ikan, demi pokok-pokokku, kutahan jua, he he!!


Insya-Allah akan diusahakan juga tomato topsy-turvy seperti yang Dr. H dan SmRose buat - semangat tengah membara ni!



Ada Benih di Balik Daun

As-salam.

Pokok kacang botor di belakang rumah sudah berhenti berbuah. Daunnya cukup merimbun dan menghijau namun sebiji kacang botor pun tidak kelihatan! Nasib baik Mak Aji tidak mengidam untuk makan kacang botor tanam sendiri! 

Apabila Diana dari Kebun Bahagia Bersama sekeluarga berkunjung ke rumah dua hari lepas, Mak Aji mengambil peluang bertanyakan hal itu kepadanya. Nasihatnya - cuba lihat kalau-kalau ada buah kacang botor yang tua tersekit-selit di celah daun, itu boleh menyebabkan pokoknya tidak mahu berbuah!! Kisahnya! 

Semalam Pak Aji sibuk membelek di bawah para kacang botor dan ini yang diperolehnya:

Ini dia benih kacang botor yang tersorok di balik daun!
Semoga dengan ketiadaan kacang botor tua ini pokok kacang botor akan rajin berbuah selepas ini, insya-Allah!! Thanks Diana, you're a life-saver!


Sunday, 16 June 2013

Walaupun Kecil Tetap Cantik

As-salam.

Beberapa hari lepas Mak Aji perasan akan bunga dua jambak yang dikeluarkan oleh pokok ulam yang entah apalah namanya yang dibawa balik oleh Pak Aji dari rumah gurunya di Siam. Bunganya bergugus dan saiznya cukup kecil. Walaupun kecil bunga tetap cantik. Saksikan:

 Bergugus bunganya. Daunnya pahit, sedap dibuat ulam. Entah apalah khasiatnya??
Dari dekat memang lagi cantik!!
Dalam melihat keindahan bunga bersaiz kecil ada lagi bunga lain yang juga bersaiz kecil tetapi tidak kurang pula cantiknya:

Bunga ginseng Jawa. Kelopaknya umpama tisu berwarna fuchsia.
Bunga pada pokok pagar yang berdaun variegated.
Bunga pokok gantungan berdaun merah ungu.
Bunga daun salam.


Mahu Seribu Daya

As-salam.

Pada hari Jumaat lepas Mak Aji ke Taman Melati untuk temu janji bekam dengan seorang tukang bekam wanita. Usai bekam Mak Aji dan anak dara ke warung untuk makan. Selepas makan kami menunggu di luar Masjid Salahuddin al-Ayyubi sementara jemaah keluar setelah selesai solat Jumaat. Dalam perjalanan ke tandas wanita Mak Aji ternampak perkarangan masjid dipenuhi pokok-pokok bunga serta tanaman rumah lain seperti serai, pokok pisang, daun kesum serta pokok bunga! Saksikan:

Tanaman dedaun yang ditanam dengan medium air dan digantung pada kekisi!
Diikat pada batang  paip yang menegak! 
Harum sundal malam di salah satu tiang masjid.
Memang unik bunga pada pokok melilit ini, juga dekat dengan tiang masjid.
Di pangkal pokok ada tanaman lain.
Pokok herba dan pokok bunga disusun kemas berderet, bagaikan di rumah.
Salah satu jenis bunga yang menghias kawasan luar masjid!
Mak Aji agak tamanam semua ini diusahakan oleh kakitangan masjid yang memang suka bertanam. Agaknya dia tidak mempunyai kawasan bertanam di rumah sendiri, jadi minat tersebut dizahirkan tempat dia bekerja!!




Wednesday, 12 June 2013

Bunga Bakawali

As-salam.

Beberapa tahun lalu Mak Aji ada menanam pokok bunga bakawali (di dalam pasu plastik) dan setiap kali bunganya hampir kembang, kami angkut pasunya dan letak di atas meja makan sambil menunggu saat bunganya kembang tepat jam 12.00 malam! Berikut salah satu bunga yang sempat Mak Aji rakam fotonya dan disimpan sebagai kenangan:

Bunga bakawaliku yang masya-Allah cukup cantik sekali!!

Sekarang di laman pokok bakawali ada tetapi belum berbunga lagi. Entahkan begini bunganya entah kan tidak! Apapun akan kutunggu akan tibanya saat pokoknya berbunga dan bunganya kembang seperti tempoh hari!


Berapa Bilah Jarumnya??

As-salam.

Ummuaidan dari Aku di Fiji Islands ada bertanyakan tentang asal-usul nama pokok jarum tujuh bilah dan Mak Aji mengagak namanya diperoleh daripada bilangan duri/jarum pada batangnya. Untuk mengesahkan sendiri hal itu, Mak Aji belek kedua-dua pokok itu dan terbukti ada sedikit kelainan antara versi yang berbunga pink/ungu dan versi berbunga oren. Saksikan:

Yang berbunga pink/ungu.
Jarum/ bilahnya cuma tiga!! Hai, kena tukar nama ni ke pokok jarum tiga bilah aje!!
Yang berbunga oren.
Yang ini memang tujuh (ada yang lapan??) bilah duri/jarumnya.

Amacam, Ummuaidan, terjawab sudah?? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...