About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 17 June 2013

Update Tomato Ceri Full House dan Salad Cina

As-salam.

Mak Aji semai semua benih tomato ceri Full House dan salad cina yang dibeli dengan En. Iskandar dari blog TanamSendiri. Hasilnya setakat hari ini, hampir kesemuanya bercambah dan inilah rupanya (setelah beberapa anak benih tomato diberi kepada adik ipar yang tinggal di Cameron Highlands):

Anak tomato.
Anak salad cina.
Kata Diana (KBB), satu kotak styrofoam hanya cukup untuk satu anak pokok tomato sahaja sebab pokoknya besar. Juga perlu dibuat pancang sebab pokoknya memanjat! Kotak styrofoam yang Mak Aji dapat (percuma sebab sudah terpakai dari kedai runcit - seronok bagaikan dapat hadiah!!) cuma empat sahaja! Perlukah kukecek lagi adik tauke kedai runcit itu lagi?? Malunya tetapi mahu! Ini kotak-kotaknya:

'Hasil tangkapan' (istilah yang digunakan suami Diana!) Mak Aji dari kedai runcit!

Walaupun rumahku bagai kedai runcit yang menjual ikan, demi pokok-pokokku, kutahan jua, he he!!


Insya-Allah akan diusahakan juga tomato topsy-turvy seperti yang Dr. H dan SmRose buat - semangat tengah membara ni!



14 comments:

  1. Salam makji,
    banyak jugak nampak nya anak tomato tuh kan..inshaallah semoga berjaya mnejadi topsy -tuvy..good luck ..ehhehe..
    yg salad cina tuhpun taksabar nak tengoknya membesar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang banyak anaknya, itu yang nak buat topsy-turvy bagai tu, he he! Salad cina ni first time tanam, pun x sabar nak menuainya!

      Delete
  2. Kakak pulak ikut bersemangat macam nak buat juga macam MakAji buat. Tapi kawasan rumah kakak tak tak luas... suka kalau yg ditaham subur macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      He he, naik semangat eh! Kalau kawasan tak luas, kena buat vertical garden supaya ruang bertanam dapat digunakan semaksimum mungkin. Kakzakie boleh search kat google, nanti dapat banyak idea. Seronok tengok cara org lain buat!

      Delete
  3. salam mak aji,
    subur-suburnya semaian mak aji, jeles I...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Alahai, Mak Aji ni je cuba2 tanam sayur, sebelum ni dok tanam bunga je. Tu yang x sabar nak tuai tu!

      Delete
  4. Salam Mak aji... best nya... saya pun suka menanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Linalyn,

      Jom kita sama2 bertanam dan meraih hasil tanaman kita sendiri! Kepuasannya hanya mampu dirasai mereka yang betul2 mengamalkannya!

      Delete
  5. boh baja apa...kalau dapat baja tahi ayam bagus,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Boh baja pelet tahi ayam, memang beli banyak2 dan main boh untuk semua pokok, baik bunga atau sayur, kecuali roslah.

      Delete
  6. Salam Kak!

    tak sabarnya nak tengok hasilnya nanti...jangan lupa upload nanti ya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Da,

      Insya-Allah tentunya akan ditayang hasilnya kat sini, semoga menggebu-gebu semangat orang yang belum bertanam agar mahu bertanam juga!

      Delete
  7. Assalammualaikum Mak Aji,
    waa suburnye.Bestlah tanam guna box ni.Tempat saya mahal, kalau saiz kecik sedikit dari yg.mak aji tunjuk ni harganya rm10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Alhamdulillah begitulah setakat ni. Kotak ni agak murahlah berbanding pasu yang boleh muat tanah sebanyak yg boleh diisi dalam kotak ni. Kalau kat sini yg paling kecil RM7. Yang lebih besar lebih tinggilah harganya. Mak Aji dok berkira-kira nak beli tapi tangguh dulu sebab rasanya harganya agak baru lagi naik. Seingat Mak Aji dulu sekadar RM3/4 je. Tapi itulah sekarang segala barang mahal. Yg foto bawah tu kotak second-hand, yg dah guna isi ikan kat kedai runcit, taukenya beri percuma je!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...